Sumbangan Pampers Dewasa

Selain daripada barangan keperluan, PERKIM Datuk Keramat turut memberi komitmen menyumbang pek pampers dewasa (lampin pakai buang). Pampers ini kami peruntukkan kepada warga emas, pesakit kronik, dan mereka yang terlantar di rumah.
 
Sebanyak 20-30 Pek pampers dewasa dibekalkan setiap bulan kepada hampir 7-10 warga emas. Sasaran kami sumbangan ini mencecah 50 warga emas dan pesakit kronik dibantu dengan 3-4 pek seorang setiap bulan. Walaupun mungkin nilainya sedikit, tetapi ia bererti buat mereka yang memerlukannya.
 
Ia juga bererti bahawa kita mengasihi golongan warga emas dan mereka yang sakit terlantar dengan doa agar kesembuhan buat mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

2 thoughts on “Sumbangan Pampers Dewasa”

  1. Pingback: Siapa Yang Perkim Datuk Keramat Bantu?

  2. Pingback: Siapa Yang Perkim Datuk Keramat Bantu? - Sedekah Muslim

Comments are closed.

Scroll to Top