Telah menjadi adat bagi setiap orang itu untuk menyambut hari ulang tahun yang mana ianya merupakan satu-satunya hari yang istimewa yang disambut setiap tahun. Begitu juga dalam agama Islam, terdapat satu sambutan yang dinamakan sebagai Maulidur Rasul sempena hari kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW. Sambutan ini akan disambut pada 12 Rabi’ul Awal bersamaan dengan hari Ahad pada 8 Oktober 2022 dan cuti Maulidur Rasul pada keesokan harinya, hari Isnin. Sambutan ini bukanlah suatu kemestian atau perintah dalam al-Quran dan as-Sunnah, tetapi ianya adalah sambutan bagi menunjukkan kecintaan umatnya kepada baginda. Jika begitu, ia adalah adat yang disambut setiap tahun, maka apakah dibolehkan dalam agama Islam? Justeru, artikel ini akan membahaskan juga hukum sambutan Maulidur Rasul.
Menyambut hari kelahiran seseorang bermakna kita kenal dan rapat dengan orang yang akan disambut. Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali Nabi Muhammad SAW, walaupun kita tidak hidup sezaman dengan baginda? Oleh itu, artikel ni juga akan menceritakan serba ringkas tentang perjalanan dan sirah Nabi Muhammad SAW.
Masyarakat jahiliah ialah masyarakat yang mendiami Tanah Arab sebelum kedatangan Islam. Antara faktor yang menyebabkan mereka dinamakan sedemikian termasuklah kejahilan yang menyelubungi mereka sama ada dari segi i’tiqad atau pegangan agama, penyembahan berhala, kelalaian dan hubungan mereka yang amat terhad dengan masyarakat luar. Keadaan ini menyebabkan mereka kurang bertamadun dan terpinggir daripada kemajuan. Apatah lagi ramai dalam kalangan masyarakat pada waktu tersebut yang tidak pandai membaca dan menulis.
Jika zaman jahiliah dibiarkan berterusan, sudah tentu manusia kekal berada dalam kegelapan. Mereka tidak mengenal dunia luar, dianggap mundur dan dipandang hina. Allah ‘Azzawajalla tidak membiarkan manusia hidup dalam kesia-siaan kerana manusia diciptakan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Tanpa pemimpin, manusia tidak akan mendapat pedoman ke arah matlamat penciptaan ini.
Pada tahun 571 Masihi, lahirlah seorang insan agung yang bernama Muhammad SAW. Baginda diutuskan oleh Allah ‘Azzawajalla bagi mengemudi manusia yang pernah berada pada zaman kegelapan dalam tempoh yang lama ke arah mencapai kesejahteraan dalam kehidupan. Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin (الأمين) yang bermaksud ‘yang terpuji’.
Ahli sejarah berbeza pandangan tentang tarikh kelahiran Baginda SAW, antaranya:
Daripada pandangan ini, pendapat yang disepakati adalah kelahiran Baginda pada Tahun Gajah, pada bulan Rabi’ul Awal dan hari Isnin. Adapun tarikhnya berbeza pandangan adalah beberapa hari selepas serangan tentera bergajah Abrahah dalam lingkungan 40 ke 50 hari selepas peperangan itu.
Hukum menyambut Maulidur Rasul adalah dibolehkan. Syeikh Abu Samah berpendapat bahawa adalah dibolehkan sambutan Maulidur Rasul berdasarkan amalan oleh okoh ulama’ zaman dahulu antaranya di Irbil, salah satu wilayah di Iraq.
Selain itu, para ulama’ yan mengharuskan Maulidur Rasul menggunakan hadith Rasulullah SAW berikut:
أَنَّ رَسولَ اللّه صلى الله عليه وسلم سُئِلَ عَنْ صَوْمٓ الاِثْنَيْنِ فَقالَ : فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW ditanya tentang puasa hari Isnin. Baginda menjawab: Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan al-Quran ke atasku.” (HR Muslim)
Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW mensyukuri nikmat Alla atas kelahirannya padda hari Isnin dengan berpuasa. maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah SWT atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelairan Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain. Sabda Nabi SAW:
مَنْ سَنَّ الإِسْلامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا وَلا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun“. (HR Muslim)
Hadith ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, as-Sunnah, athar mahupun ijma’ ulama’. Maulidur Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu pun diantara dalil-dalil tersebut.
Dengan demikian, bererti diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.
Mufti Wilayah Persekutuan telah berpandangan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid’ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana kita dilahirkan di kalangan umat Nabi SAW yang mana para anbiya’ alaihimus solatuwas salam termasuk Rasul Ulul Azmi mencemburui kita. Semua Rasul Ulul Azmi berdoa meminta kepada Allah SWT untuk agar dilantik menjadi Nabi penutup atau sekurang-kurangnya menjadi umat kepada Nabi penutup iaitu umat Nabi SAW kerana keistimewaan yg dikurniakan kepada umat ini.
Betapa besarnya pengorbanan Nabi Muhammad sebagai nabi penutup yang juga penghulu kepada semua para Nabi dan Rasul. Mengenang kembali susah payah Baginda SAW menyeru manusia dari mengabdikan diri kepada sesama makluk kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT yang Esa, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya iman, membawa manusia dari kehidupan dunia yang sempit kepada kehidupan akhirat yang luas, dari kecintaan dunia yang sementara kepada kecintaan akhirat yang kekal abadi.
Nabi SAW dicaci, digelar al-majnun (orang gila), dipulau, diletakkan najis unta semasa sujud solat di hadapan Baitullahil Haram, dijerut, dibaling dengan batu sejauh 7km ketika pulang dari berdakwah kepada pembesar dan Bani Thaqif di Taif hingga kasut Baginda digenangi darah yang mulia, malah cuba dibunuh, namun begitu Nabi SAW tetap mendoakan kebaikan dan hidayah untuk umatnya.
Justeru, kita sebagai umat Baginda SAW, sekurang-kurangnya kita perlu amalkan selawat bagi menyemarakkan rasa cinta rasul. Bersempena sambutan Maulidur Rasul sudah tentu banyak majlis-majlis ilmu yang akan diadakan diiringi dengan selawat dan pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW bagi menyemarakkan kecintaan kepada Nabi. Mungkin sahaja akan ada dikalangan kita yang disibukkan dengan urusan luar atau kerja, tidak bermakna kita tidak boleh menyambut Kelahiran Rasul. Salah satu perkara yang boleh dilakukan adalah dengan berdiri dan selawat ke atas Nabi sekalipun dilakukan di bilik atau tempat kerja.
Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan menyatakan bahawa selawat dan berdiri kerana membesarkan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Sabda Baginda yang bermaksud: “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali Allah S.W.T berselawat ke atasnya 10 kali“. (HR Muslim)
Berikut adalah salah satu selawat yang boleh diamalkan ketika Maulidur Rasul yang akan jatuh pada hari Ahad waktu Maghrib:
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka