ZIARAH ASNAF MUALAF YANG MEMERLUKAN PERHATIAN

PERKIM telah menziarahi seorang asnaf mualaf yang terlantar sakit akibat patah kaki dan tidak mampu bekerja. Kini, beliau tinggal di sebuah rumah buatan sendiri di belakang hotel di Pudu Raya bersama anaknya yang baru sahaja berumur 10 tahun. Disebabkan keadaannya itu, beliau hanya dapat mengharapkan isterinya untuk mencari sumber pendapatan.

Lebih menyayat hati apabila anaknya itu tidak dapat bersekolah. Sejak kecil lagi, anaknya itu dibesarkan tanpa mendapatkan pendidikan khas di sekolah. Anak beliau itu juga baru sahaja sembuh daripada penyakit kanser kulit yang beliau terpaksa menanggung kos RM9000.

Namun dengan adanya program tajaan hospital, beliau hanya perlu membayar RM3000 sahaja. Oleh yang demikian, PERKIM dengan sedaya upanyanya cuba untuk membantu asnaf mualaf ini terutamanya bagi anaknya. Kami cuba untuk mencari tempat pendidikan asrama untuk anak beliau dapat berkawan dan menimba ilmu sebagaimana anak-anak kecil yang lain.

Scroll to Top