Pada setiap minggu kami akan adakan beberapa aktiviti seperti tazkirah dan bacaan yaasin serta tahlil ringkas. Untuk tazkirah, ia akan diadakan pada setiap hari selasa pada jam 9.15 minit malam. Tazkirah ini akan disampaikan oleh para asatizah yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang luas berkenaan agama. Apa yang menariknya untuk sesi tazkirah ini adalah, anda berpeluang untuk bertanya soalan dengan tetamu jemputan kita berkenaan dengan tajuk yang akan disampaikan beliau pada minggu tersebut. Sesi ini dijangka akan berjalan sehingga jam 9.45 atau 10.00 malam.
Untuk bacaan Yasin dan Tahlil ringkas, ia akan diadakan pada setiap hari khamis pada jam 7.45 malam. Ia akan dipimpin oleh tetamu jemputan kita yang juga merupakan penceramah pada sesi tazkirah yang lepas. Pada sesi ini, anda berpeluang untuk bersama sama membca yasin dan juga membaca tahlil. Senarai untuk nama nama arwah juga akan diedarkan sebelum majlis bermula. Anda boleh mengisi nama tersebut dan kita akan sama sama mendoakan nama nama tersebut dalam bacaan yasin dan tahlil tersebut
Tazkirah
Setiap hari Selasa , 9.15 Malam
Yaasin
Setiap hari Khamis , 7.45 Malam
Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, 1000 kemanisan untuk mereka