Sumbangan untuk Asrama Darul Huda

Masih ramai lagi yang tidak sedar akan ujian yang menimpa saudara baru kita.
Ramai dari kalangan mereka tiada tempat perlindungan kerana:
  • Dibuang keluarga sendiri
  • Hidup sebatang kara
  • Tidak dapat bekerja kerana sakit
  • Tiada tempat bergantung untuk teruskan kehidupan
Sesetengah Muslim juga kadangkala tidak ambil peduli tentang nasib mereka.

Bukankah Muslim sepatutnya ibarat satu tubuh, membantu satu sama lain dalam kesusahan dan kesenangan?
Disebabkan itu, PERKIM cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama PERKIM Cawangan Ampang mengambil inisiatif untuk membina Asrama Darul Huda.
Rumah yang dipilih untuk dijadikan Asrama Darul Huda
Rumah ini disewa khusus sebagai rumah perlindungan untuk Asnaf Mualaf yang memerlukan tempat teduhan.
Setakat ini, kami telah menempatkan 6 orang Mualaf dan termasuk juga anak-anak mereka.
Semua keperluan mereka kami tanggung secara percuma.
Selain itu, kami juga ada jalankan aktiviti:
  • Pengajian ilmu
  • Pengajian Al-Quran
  • Majlis tazkirah
  • Aktiviti keagamaan yang lain
Usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka dalam agama dan memantapkan lagi iman mereka.
Akan tetapi...
Asrama ini masih memerlukan kos untuk kami selenggara dan menampung keperluan penghuninya.
Terkini, kami memerlukan kos untuk tambah baik fasiliti di sini seperti:
  • Membina dinding (partition) supaya mereka ada lebih privacy
  • Menambah kerusi dan meja untuk kelas
  • Tambahan lain seperti mesin basuh dan sebagainya.
Anggaran keseluruhan perlu kami tampung adalah sebanyak
RM10,000.

Jadilah sebahagian dari usaha ini!

Oleh itu, kami ingin mengajak anda semua untuk turut bersama kami dalam usaha menambah balik Asrama Darul Huda ini.

Setiap bantuan, besar mahupun kecil amat kami hargai demi kesejahteraan saudara seIslam kita.

AYUH KITA BANTU MEREKA!

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan:
“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Pemberitahuan :

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
  • Sekiranya kutipan untuk Asrama Darul Huda sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKIM cawangan Datuk Keramat.
  • Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.