Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Antara golongan yang PERKIM bantu adalah :
Asnaf
Warga Emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya
Pesakit Kronik
Masih ramai lagi yang tidak sedar akan ujian yang menimpa saudara baru kita.
Ramai dari kalangan mereka tiada tempat perlindungan kerana :
Dibuang keluarga sendiri
Hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal
Tidak dapat bekerja kerana sakit
Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan
Sesetengah Muslim juga kadangkala tidak ambil peduli tentang nasib mereka.
Bukankah Muslim sepatutnya ibarat satu tubuh, membantu satu sama lain dalam kesusahan dan kesenangan?
Disebabkan itu, PERKIM cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama PERKIM Cawangan Ampang mengambil inisiatif untuk membina Asrama Darul Huda.
Rumah ini disewa khusus sebagai rumah perlindungan untuk Asnaf Mualaf yang memerlukan tempat teduhan.
Semua keperluan mereka kami tanggung secara percuma.
Selain itu, kami juga ada jalankan aktiviti :
Pengajian Al-Quran
Pengajian ilmu agama
Sesi ceramah dan tazkirah
Aktiviti keagamaan yang lain
Usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka dalam agama dan memantapkan lagi iman mereka.
Akan tetapi, asrama ini masih memerlukan kos untuk kami selenggara dan menampung keperluan penghuninya.
Terkini, kami memerlukan kos untuk tambah baik fasiliti di sini seperti :
Membina dinding (partition) supaya mereka ada lebih privacy
Menambah kerusi dan meja untuk kelas
Tambahan lain seperti mesin basuh dan sebagainya
Anggaran keseluruhan perlu kami tampung adalah sebanyak RM10,000 (belum termasuk tanggungan harian mualaf lagi).
Jadilah sebahagian dari usaha ini!
Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.
Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.