BANTUAN RUMAH MUALAF

" Rumah Inilah Harapan Buat Mereka ! "

Bayangkan Sekiranya Anda :

  • Dibuang keluarga sendiri
  • Hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal
  • Tidak dapat bekerja kerana sakit
  • Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan

Alhamdulillah...

Mungkin anda tidak tergolong dalam kalangan tersebut.
Namun, anda perlu sedar…
Masih ada insan lain diluar sana yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut.
Mereka ini adalah golongan Asnaf Mualaf.
Kami dari PERKIM Datuk Keramat memandang serius akan kebajikan mualaf yang berada di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, kami telah menyewa sebuah rumah sebagai tempat tinggal untuk mualaf yang berada di bawah tanggungan PERKIM Datuk Keramat.
Inilah Rumah Baru Mereka
Kediaman ini mempunyai 7 bilik, cukup untuk menempatkan 15 orang mualaf. 

Di sinilah akan dilaksanakan aktiviti seperti:

  • Pengajian Ilmu
  • Pengajian Al Quran
  • Solat Berjemaah
  • Majlis Tazkirah
  • Aktiviti Keagamaan Yang Lain

Namun, untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar untuk :

  • Sewa Rumah
  • Elektrik & Air
  • Makan Minum
  • Lain-lain Keperluan

Ikuti beberapa kisah menyentuh hati daripada pengalaman mualaf ini dalam mengenal Islam.

Banduan akhir pilih Allah
Takut neraka punca lelaki ini memilih Islam
Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana telah banyak perkara yang mereka korbankan demi memilih memeluk Islam. Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Hulurkan Tangan

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim.”

Cara - Cara Menyumbang :

  • Pilih nilai yang anda ingin sumbangkan
  • Isi butiran penyumbang
  • Klik pembayaran melalui pembayaran online