ASRAMA DARUL HUDA PERKIM

(MUALAF WANITA)

Kecekalan Mereka Menjadi Inspirasi Buat Ummah

HIDAYAH MENGETUK PINTU HATI MEREKA TANPA DIDUGA

Keindahan ibadah, akhlak mulia, kedamaian yang dirasai. Itulah yang 'menjentik' hati mereka untuk kembali ke agama fitrah.

Namun, hidayah yang menyapa tidak serta merta menghalang dugaan. Malah ujian demi ujian seakan tidak berpenghujung.

Apatah lagi bagi kaum Hawa yang perlu hadapi cabaran lagi besar, mereka perlukan sokongan yang kuat.

Justeru, setiap bantuan kita amat bermakna dalam membantu saudari mualaf meneruskan kehidupan baharu.

Semuanya demi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan saudara baru kita.

Kenapa Sokongan Anda Mampu Berikan Perubahan Besar?

01
Mereka dapat merasai nikmat persaudaraan sesama islam dan tidak akan berasa terpinggir.
03
Mereka dapat bimbingan dari sudut agama, motivasi dan psikologi untuk teguh dengan agama ini.
04
Menyemarakkan dakwah melalui teladan akhlak.
05
Membersihkan stigma negatif masyarakat bukan Muslim terhadap Islam.
Disebabkan itu, PERKIM cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama PERKIM Cawangan Ampang mengambil inisiatif untuk membina Asrama Darul Huda.
Rumah yang dipilih untuk dijadikan Asrama Darul Huda
Di sini, mereka disediakan pelbagai kemudahan seperti: bantuan asas, tempat berlindung, kelas pengajian, motivasi dan kaunseling.
Setakat ini, kami telah menempatkan 6 orang Mualaf dan termasuk juga anak-anak mereka.
Semua keperluan mereka kami tanggung secara percuma.
Selain itu, kami juga ada jalankan aktiviti:
  • Pengajian ilmu
  • Pengajian Al-Quran
  • Majlis tazkirah
  • Aktiviti keagamaan yang lain
Usaha ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi pemahaman mereka dalam agama dan memantapkan lagi iman mereka.

Ikuti kisah mualaf di channel Youtube Kami

Ini antara kisah peribadi beberapa saudara kita dari kalangan mualaf yang telah kami bantu.

Setiap daripada mereka mempunyai pengalaman tersendiri dalam mencari jalan kebenaran sebelum akhirnya memilih untuk berhijrah ke pangkuan Islam.

01

Warga Nigeria tertarik dengan akhlak kawan-kawan Islam di Malaysia.

02

LAPANG DADA selepas memeluk agama islam

BAGAIMANA ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN?

Untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar.

Oleh itu, bantuan anda amat diperlukan untuk :

  • Bayaran Sewa Rumah
  • Makan Minum Mualaf
  • Kelas Pengajian
  • Bayaran Bil Elektrik & Air
  • Bantuan Perubatan
  • Lain-lain Keperluan

Mereka sangat memerlukan bimbingan kita!

Mungkin anda tidak berpeluang untuk berdakwah kepada mereka yang berminat dengan Islam.


Setidaknya, bantuan yang anda hulurkan melalui kami, pihak PERKIM DATUK KERAMAT akan disampaikan kepada lebih ramai mualaf yang memerlukan.

Semoga perjuangan anda menjadi asbab syiar Islam terus berkembang dan menarik lebih ramai orang ke arah agama ini.


Sabda Rasulullah S.A.W.

Tidak dikira beriman salah satu daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri.

- HR Bukhari dan Muslim

Pemberitahuan :

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
  • Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.