KANSER dah MEREBAK ke bahagian tulang

Ringankan Bebanan Encik Ghani Dengan Menghulurkan Bantuan Untuk Keperluan Perubatan
Kisah realiti Encik Ghani yang bertarung dengan penyakit yang dihidapinya.

Kanser Prostat

Encik Ghani, seorang pesara DBKL, menghadapi cabaran kewangan yang besar dalam menampung kos perubatan tinggi akibat penyakit kanser tahap 4 yang telah merebak ke tulang-tulangnya. Dengan usia hampir mencecah 60 tahun, beliau memerlukan rawatan dan pengambilan ubat yang berterusan
Selain itu, masalah jantung yang dihadapinya memerlukan beliau mengambil ubat cair darah, menambahkan lagi bebanan kewangan yang ditanggung.
Daripada dua orang anak lelakinya, anak sulung dan anak ketiga turut menghidap penyakit prostat tahap 2. Oleh kerana mereka juga memerlukan rawatan kanser prostat. Encik Ghani tidak dapat bergantung sepenuhnya kepada anak-anaknya untuk menampung kos perubatan.
Bagi menjalani kehidupan dengan selesa, persekitaran yang bersih dan teratur amat penting kerana Encik Ghani kerap menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Keadaan tulangnya yang rapuh akibat kanser meningkatkan risiko jatuh dan kecederaan.

Kenapa PENTING bantu En Ghani?

Kos Bulanan Tinggi

Setiap bulan, Encik Ghani perlu menanggung kos ubat termasuk 2 kotak norax sejumlah RM 420 dan ubat kanser abiraterone dengan harga antara RM 1600 hingga RM 2,000. Malangnya, beliau tidak menerima sebarang bantuan dari kerajaan untuk menampung perbelanjaan ubatan yang diperlukan.
(XBIRA Abiraterone untuk kanser dan Apixaban untuk cairkan darah beku)

Keadaan kesihatan yang berubah-ubah.

Ada kalanya beliau sihat selepas mengambil ubat dan ada kalanya beliau memerlukan rawatan lebih intensif, termasuk mengambil sampel yang perlu dihantar ke luar negara dengan kos yang tinggi.

Sumber kewangan yang terhad.

Dengan hanya bergantung kepada saraan bulanan RM 1090, Encik Ghani menghadapi kesukaran untuk menampung kos perubatan yang hampir mencecah RM 3000 sebulan. Oleh itu, penjagaan sepenuh masa amat diperlukan bagi memastikan beliau menerima pemakanan dan rawatan yang sesuai pada tahap kanser yang kritikal ini.

(Kos untuk Abiraterone (Zytiga) 250 mg di Malaysia adalah sangat tinggi. Harga Zytiga adalah sekitar USD11,376 untuk 120 tablet.)

Perlukan ubat dos tinggi.

Terkini, Encik Ghani perlu menukar kepada ubat dos yang lebih tinggi iaitu Zytiga Abiraterone, menyebabkan anggaran kos mencecah sehingga RM 20,000. Sumbangan anda membolehkan beliau mendapatkan ubat-ubatan yang diperlukan dan meningkatkan kualiti kehidupannya.

Hanya minum susu yang disyorkan doktor.

Encik Ghani hanya dibenarkan mengambil susu yang disyorkan oleh hospital dalam usaha untuk mengawal tahap penyakitnya.
(Susu RenoMed)

Perlu mendapatkan rawatan yang kerap.

Keadaan Encik Ghani memerlukan beliau keluar masuk hospital antara 2 hingga 3 kali sebulan untuk menerima rawatan sakit tua dan rawatan onkologi bagi merawat kanser yang dihadapinya.

AYUH bersama kami meringankan BEBAN En. Ghani

Marilah kita bantu meringankan beban saudara kita, dengan menyumbang ke dalam tabung khas rawatan di PERKIM Cawangan Datuk Keramat.
Sumbangan serendah RM30, boleh membantu beliau berikhtiar untuk merawat penyakitnya.

Bantuan anda, besar atau kecil, sangat bermakna buat beliau.

Bukti sumbangan pemberian anda sedikit sebanyak kami berjaya salurkan kepada Encik Ghani.

Pemberitahuan:

  1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.

  2. Sekiranya kutipan untuk kegunaan rawatan En Ghani sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKIM Cawangan Datuk Keramat.

  3. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.