Masih mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
KEADAAN DIZIKAL
Berat badan semakin menurun dan tidak lagi mampu bekerja
Gambar En Hashim & Isteri
Isteri beliau adalah pesara DBKL dengan pencen sebanyak RM1,700 sebulan, yang tidak mencukupi untuk menanggung kos perubatan ini.
Mereka mempunyai tiga orang anak yang sudah bekerja, tetapi kemampuan kewangan keluarga tetap terhad.
Rayuan pertama kepada Baitulmal hanya mampu menampung kos susu dan pampers, sedangkan rawatan utama masih belum dapat dibiayai.
Sebelum ini juga, ayah mertua En Hashim, iaitu Allahyarham En Ghani menghidap kanser prostat, yang mana mereka sekeluarga telah membelanjakan duit agak besar untuk kos rawatannya pada waktu itu.
Apa Akan Terjadi Jika Tiada Bantuan Diterima?
En. Hashim mungkin terpaksa menghentikan rawatan yang penting untuk melambatkan perkembangan kanser.
Tanpa rawatan, kanser akan terus merebak, menyebabkan komplikasi serius dan penderitaan yang lebih besar.
Kehidupan beliau dan keluarganya akan terus dihimpit kesusahan fizikal, emosi, dan kewangan.
Adakah kita sanggup membiarkan En. Hashim dan keluarganya menanggung beban ini seorang diri?
Kenapa Bantuan Anda Penting?
Dengan sumbangan anda, En. Hashim dapat:
Meneruskan rawatan immunotherapy untuk memperlahankan perkembangan kanser.
Menjalani kehidupan yang lebih berkualiti bersama keluarga.
Berpeluang melawan penyakit ini dengan lebih baik.
Semoga Sedekah Anda Menjadi Saham Pahala yang Besar di Akhirat Kelak
Baca doa ini ketika anda menyumbang :
" Ya Allah..dengan sumbangan yang aku berikan ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini "
Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
Sekiranya kutipan untuk pembangunan dan kebajikan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKIM Datuk Keramat.