Mereka yang sedar kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, kedatangan Ramadan setiap tahun pastinya menghibur hati atau bak kata anak muda sekarang masa untuk healing.
Ganjaran pahala yang berlipat ganda pastinya menjadi rebutan ramai kerana peluang ini hanya dapat dirasai sekali sahaja dalam setahun.
Selain daripada laksanakan ibadah wajib dan sunat yang sering kita dengar, berkongsi rezeki juga adalah amalan yang besar ganjarannya.
Bayangkan jika hari biasa pun ganjarannya boleh mencecah sehingga 700x ganda, inikan pula di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.