Kehidupan di bandar sangat berbeza dengan kehidupan di kampung. Dari segi infrastruktur, kemudahan, peluang pekerjaan dan taraf hidup, penduduk di kawasan bandar mendapat banyak kelebihan berbanding mereka yang duduk di kawasan kampung. Hal ini menggalakkan kadar migrasi penduduk kampung ke kawasan bandar dan secara tidak langsung meningkatkan kadar kepadatan populasi di kawasan bandar. Trend perpindahan ini dilihat berlaku secara aktif dalam beberapa dekad kebelakangan ini dan menggalakkan lagi pembangunan di kawasan bandar.
Antara faktor utama timbulnya isu miskin bandar adalah kerana ketidakseimbangan pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar. Tatkala negara kita sedang mengalami fasa pembangunan dalam dekad-dekad sebelumnya, maka ramai warga yang tinggal di luar bandar berhijrah ke kawasan bandar dengan harapan untuk mengubah taraf kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Dalam kata lain, fenomena penghijrahan ini dinamakan sebagai mobiliti sosial.
Miskin bandar disebabkan oleh pelbagai kekurangan yang ketara dari pelbagai aspek. Secara umumnya, mereka adalah golongan yang dianggap tersepit kerana mereka tidak layak untuk mendapat bantuan daripada kerajaan, dan pada masa yang sama mereka tidak mampu untuk berbelanja seperti golongan berpendapatan tinggi. Masalah ini menjadi masalah utama perbezaan ekonomi penduduk di bandar.
Secara faktanya, isu miskin bandar yang kerap timbul kebelakangan ini, adalah berdasarkan kepada Paras Garis Kemiskinan (PGK) yang terbaru, yakni keluarga dengan nilai pendapatan sebanyak RM2,150 sebulan juga sudah dikategorikan sebagai miskin bandar. Dengan kos sara hidup yang tinggi, pendapatan dengan nilai sedemikian sangatlah tidak mencukupi bagi mereka menyara kehidupan sekeluarga. Namun miskin bandar ini bukanlah hanya boleh diukur dari segi kewangan sahaja, malahan ada pelbagai lagi kriteria yang boleh menjadi kayu ukur.
Walaupun kadar miskin bandar ditetapkan pada aras pendapatan sebanyak RM2,150 namun, ia tertakluk kepada jumlah isi rumah. Bagi yang mempunyai jumlah tanggungan yang ramai, sudah pasti bebanan itu lebih terasa jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai tanggungan yang sedikit. Jadi tidak hairanlah, mereka yang bergaji RM 4000 sebulan tetapi mempunyai 6 orang anak boleh dikategorikan sebagai miskin bandar juga. Kos yang tinggi diperlukan untuk menyara keluarga lebih-lebih lagi dikawasan bandar.
IED (International Institute for Environment and Development) sebuah badan kajian dasar bebas menyenaraikan beberapa perkara sebagai aras kepada kemiskinan bandar, selain daripada pendapatan:
Sehubungan dengan itu kerajaan telah merangka beberapa program yang dikhususkan bagi membantu masyarakat untuk keluar dari kemelut kemiskinan bandar ini. Antara program-program yang dianjurkan adalah
Masyarakat dan kerajaan perlu bersama-sama membantu antara satu sama lain bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul. Beberapa inisiatif boleh diambil kira oleh kerajaan dan juga individu yang terlibat bagi mengurangkan angka mereka yang termasuk dalam golongan miskin bandar.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka