Sokong Mereka Agar Tetap Teguh Di Atas Landasan Islam

Bilangan mualaf yang memeluk Islam semakin bertambah saban tahun dan ini sememangnya amat menggembirakan hati umat Islam yang lain.

Tetapi, demi memilih kembali kepada fitrah asal beragama Islam, mereka diduga dengan pelbagai ujian hidup.

Ramai di antara mereka yang diuji dengan:

Dibuang keluarga dan kenalan terdekat

Hilang sumber pendapatan

Tiada tempat berteduh

Tiada tempat untuk mengadu dan mendapat bimbingan

Alhamdulillah

Mungkin anda tidak tergolong dalam kalangan tersebut.

Namun, anda perlu sedar…
Masih ada insan lain diluar sana yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut.

Santuni Mualaf Adalah Tanggungjawab Kita Bersama

Perkim Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama Pertubuhan Insani akan menjalankan program Jejak & Ziarah Saudara Baru.

Program ini akan berlangsung secara berkala dalam tempoh 2 tahun (2023-2024).

Seramai 200 mualaf bakal mendapat manfaat bukan sahaja dalam bentuk bantuan fizikal, tetapi juga bimbingan rohani.

Mungkin anda bukan orang yang membawa mereka mengenali Islam. 

Mungkin anda juga tidak berpeluang untuk mengajarkan Islam kepada mereka.

Namun, anda boleh menjadi antara orang yang memudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan memulakan hidup sebagai mualaf dengan lebih selesa. 

Selagi mana sumbangan yang anda hulurkan dapat memudahkan mereka mendalami dan mengamalkan ajaran Islam, selagi itulah pahala untuk anda mengalir.

Mereka sangat memerlukan bimbingan kita !

Selamat dari tali gantung kerana Allah

Bekas Paderi dibuang keluarga setelah memeluk Islam

Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.
 
Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat 

   (HR Muslim)

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan

“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

 

Kaedah Menyumbang

1- Pilih nilai yang anda ingin sumbangkan

2- Isi butiran penyumbang

3- Klik pembayaran melalui perbankan online atau mesin deposit tunai

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.