Kecil atau Besar, Sumbangan Anda Amat Bermakna !

Berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan bersama PERKIM

Perkim Datuk Keramat

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Antara golongan yang PERKIM bantu adalah :
Asnaf
Warga Emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya
Pesakit Kronik
Ibu Tunggal
Kami menjalankan program seperti khatan perdana, sumbangan kepada orang asal, bantuan kepada asnaf dan banyak lagi di bandar dan juga luar bandar.

Justeru itu, kami mengajak dermawan seperti anda untuk menyumbang supaya kami dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

Hebatnya Bersedekah

  • Dengan izin Allah, sedekah anda hari ini bakal menjemput rezeki yang tidakpernah disangka-sangka.
  • Dengan izin Allah, sedekah anda hari ini akan membuka jalan keluar bagi masalah yang anda hadapi.
  • Dengan izin Allah, sedekah anda hari ini menjadi asbab Allah memakbulkan doa yang selama ini anda nanti-nantikan.
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.
Surah Al-Baqarah : 261
Scroll to Top