RUMAH MUALAF PERKIM

Sokong Mereka Kekal Teguh Di Atas Landasan Islam

HIDAYAH MENGETUK PINTU HATI MEREKA TANPA DIDUGA

Keindahan ibadah, akhlak mulia penganutnya, kedamaian yang dirasai. Itulah yang menawan hati mereka untuk mengenali Islam.

Namun, perjalanan seorang mualaf tidak selalunya mudah. Diskriminasi, penolakan keluarga, masalah ekonomi menjadi cabaran utama.

Justeru, sokongan kita amat penting bagi membantu saudara baru meneruskan kehidupan baharu.

Di PERKIM, kami ada sediakan 3 buah kediaman yang menempatkan ramai mualaf. Di sini juga, mereka mengikuti banyak program bimbingan agama.

Bermula dengan bantuan keperluan asas, tempat untuk berlindung, kelas pengajian, hinggalah motivasi dan kaunseling. Semuanya demi memastikan kesejahteraan dan kebahagiaan saudara baru kita.

Kenapa Sokongan Anda Mampu Berikan Perubahan Besar?

01
Mereka dapat merasai nikmat persaudaraan sesama islam dan tidak akan berasa terpinggir.
03
Mereka dapat bimbingan dari sudut agama, motivasi dan psikologi untuk teguh dengan agama ini.
04
Menyemarakkan dakwah melalui teladan akhlak.
05
Membersihkan stigma negatif masyarakat bukan Muslim terhadap Islam.

Di sinilah akan diadakan aktiviti seperti :

Pengajian Ilmu

Pengajian Al-Quran

Solat Berjemaah

Majlis Tazkirah

Bimbingan Motivasi & Kaunseling

Ikuti Kisah Mualaf

Ini antara kisah peribadi beberapa saudara kita dari kalangan mualaf yang telah kami bantu.

Setiap daripada mereka mempunyai pengalaman tersendiri dalam mencari jalan kebenaran sebelum akhirnya memilih untuk berhijrah ke pangkuan Islam.

01

Masuk Islam Kerana Lagu Sepohon Kayu

02

"Saya Suka Tengok Orang Islam Sembahyang"

03

"Saya Bermimpi Jumpa Muhammad"

BAGAIMANA ANDA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN?

Untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar.

Oleh itu, bantuan anda amat diperlukan untuk :

  • Bayaran Sewa Rumah
  • Makan Minum Mualaf
  • Kelas Pengajian
  • Bayaran Bil Elektrik & Air
  • Bantuan Perubatan
  • Lain-lain Keperluan

Mereka sangat memerlukan bimbingan kita!

Mungkin anda tidak berpeluang untuk berdakwah kepada mereka yang berminat dengan Islam.


Setidaknya, bantuan yang anda hulurkan melalui kami, pihak PERKIM DATUK KERAMAT akan disampaikan kepada lebih ramai mualaf yang memerlukan.

Semoga perjuangan anda menjadi asbab syiar Islam terus berkembang dan menarik lebih ramai orang ke arah agama ini.


Sabda Rasulullah S.A.W.

Tidak dikira beriman salah satu daripada kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai diri sendiri.

- HR Bukhari dan Muslim

Pemberitahuan :

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
  • Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.