Projek
Rumah Mualaf

Bersama Perkim Datok Keramat

Dikalangan kita masih ramai yang belum sedar betapa beratnya ujian yang menimpa golongan Asnaf Mualaf. Sebahagian daripada mereka ada yang, dibuang keluarga sendiri, hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal, tidak dapat bekerja kerana sakit dan tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan

Rumah Mualaf

Alhamdulillah, PERKIM cawangan Datuk Keramat telah berjaya menubuhkan 2 rumah kebajikan untuk Asnaf Mualaf yang memerlukan hasil daripada sumbangan yang kami terima sebelum ini. Dengan adanya Rumah Mualaf ini, kita dapat, membantu mereka menghadapi ujian setelah memeluk Islam, membantu mereka belajar lebih dalam tentang Islam, menunjukkan keprihatinan kita kepada saudara baru kita.


Rumah Asnaf Asrama Darul Fitrah
Rumah Asnaf Asrama Darul Huda

Rumah sekarang tak cukup !!

Malangnya, Rumah Mualaf yang ada sekarang adalah terhad. Dengan pertambahan saudara baru di bawah PERKIM, masih ramai lagi Asnaf Mualaf yang memerlukan bantuan kita.

Kami ingin menubuhkan satu lagi rumah mualaf yang baru

Alhamdulillah…PERKIM Datuk Keramat telah mendapat sebidang tanah wakaf dari seorang dermawan. Beliau telah memberi amanah untuk didirikan sebuah rumah mualaf baru sebagai pusat dakwah dan penempatan Asnaf Mualaf di atas tanah wakaf tersebut.
Gambar tanah yang telah diwakafkan
Lokasi tanah tersebut yang terletak berdekatan Puncak Alam.
Konsep rumah ini adalah penginapan untuk Asnaf Mualaf lelaki sahaja, dengan jangkaan kapasiti seramai 20-25 orang.

Antara aktiviti yang boleh dimanfaatkan di Rumah Mualaf ini adalah:

  • Solat fardhu secara berjemaah
  • Kelas Fardhu Ain
  • Usrah diterapkan 2 minggu sekali
  • Kelas pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab asas.
  • Kelas bimbingan dan kemahiran seperti pengucapan awam (untuk pendakwah), keusahawanan, bengkel kereta dan lain-lain
  • Banyak lagi..

Sekiranya projek ini dapat disiapkan, Asnaf Mualaf ini akan:

  • Mendapat tempat perlindungan yang selamat dan selesa
  • Mendapat bimbingan agama yang betul
  • Mengukuhkan silaturrahim dan ukhuwah di dalam bi’ah Islamiyah
  • Kelas pengajian Bahasa Melayu dan Bahasa Arab asas.

SUMBANGAN DARI ANDA AMAT DIPERLUKAN

Projek Pembangunan Rumah Mualaf ini memerlukan kos yang sangat besar iaitu sebanyak :

RM 2.5

JUTA


Kos ini diperlukan untuk pembersihan tanah, pelan, infrastruktur, kelulusan pihak berkuasa tempatan, arkitek, kontraktor dan lain-lain. Dana yang PERKIM Datuk Keramat ada sekarang tidak dapat untuk menampung keseluruhan kos projek ini. Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk sama-sama bantu menjayakan projek ini dengan memberikan sedikit sumbangan kepada kami.

WAKTU TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH ADALAH SEKARANG

Allah SWT telah membuka hati anda untuk baca laman ini sehingga akhir.

Rugi jika anda tidak teruskan dengan BERSEDEKAH.

Sekiranya anda tak mampu membantu mereka secara terus, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat

hadith Riwayat Muslim


AYUH KITA BANTU MEREKA


Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan:
“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim.”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Jika rasa was-was untuk bersedekah terus berdoa kepada Allah, kerana perasaan was-was itu dari syaitan dan syaitan suka menghalang kita dari melakukan kebaikan.

Pemberitahuan

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
  • Sekiranya kutipan untuk pembangunan fasa 2 sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di PERKIM Datuk Keramat