Program Khatan Orang Asli

Khatan Percuma Buat Anak-anak Komuniti Orang Asli

“Mak, kalau tak sunat boleh ke?”

Itulah antara kerisauan yang sering membelenggu kanak-kanak lelaki apabila tiba musim cuti sekolah.

Program ini dijalankan untuk membela nasib anak-anak orang asli agar fardu kifayah dapat dilaksanakan buat anak-anak ini.

INILAH REALITI

Di kawasan bandar, berkhatan merupakan satu proses yang tidak asing lagi namun tidak bagi komuniti orang asli terutamanya buat mereka yang baru bergelar saudara baru dan tinggal di kawasan luar bandar.


Malah, kos berkhatan di klinik swasta agak mahal dan membebankan mereka.

Justeru, Perkim Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama Pertubuhan Insani berhasrat untuk menjelajah ke beberapa buah perkampungan orang asli bagi melaksanakan Program Khatan Percuma buat anak-anak komuniti orang asli ini.

Program ini akan berlangsung secara berkala dalam tempoh 2 tahun (2023-2024) dan mensasarkan seramai 400 orang anak-anak komuniti orang asli yang akan mendapat manfaat daripada program ini.

Objektif Program Khatan Percuma Bersama Komuniti Orang Asli

 

  1. Dapat memberi kesedaran bahawa pentingnya berkhatan dari segi kesihatan kepada komuniti orang asli.
  2. Mengurangkan beban kos berkhatan bagi komuniti orang asli khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.
  3. Menggalakkan anak-anak komuniti orang asli berkhatan seawal umur 7 tahun.
  4. Menawarkan pengalaman yang manis apabila dapat anak-anak dapat berkhatan secara beramai-ramai.

Jom Permudahkan Mereka Melaksanakan Amalan Fardhu Ain Ini (Berkhatan)

Kami amat memerlukan sokongan dari anda semua.

Sumbangan Diperlukan Segera
RM 10000

Ayuh permudahkan urusan anak-anak komuniti orang asli ini untuk berkhatan.

Tanpa sokongan Tuan Puan yang budiman, program berkhatan ini sukar untuk dilaksanakan malah mungkin terpaksa dibatalkan.

PERCAYALAH

“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin daripada kesusahan dunia, maka Allah SWT akan melapangkannya daripada kesusahan di hari Kiamat …”

Semoga kesudian Tuan Puan berkongsi rezeki bagi melancarkan urusan program ini dibalas dengan ganjaran yang setimpal oleh Allah SWT.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin