Bantuan rumah mualaf

Rumah Inilah Harapan Mereka

Cuba anda bayangkan sekiranya anda :

Dibuang keluarga sendiri

Hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal

Tidak dapat bekerja kerana sakit

Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan

Alhamdulillah

Mungkin anda tidak tergolong dalam kalangan tersebut.

Namun, anda perlu sedar…
Masih ada insan lain diluar sana yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut

Mereka ini adalah golongan Asnaf Mualaf.

Kami dari PERKIM Datuk Keramat memandang serius akan kebajikan mualaf yang berada di sekitar Lembah Klang.

Oleh itu, kami telah menyewa sebuah rumah sebagai tempat berteduh serta pusat pendidikan untuk mualaf yang berada di bawah tanggungan PERKIM Datuk Keramat.

Kebanyakan penghuninya sudah berumur dan tinggal sebatang kara.

Kediaman ini mempunyai 7 bilik, cukup untuk menempatkan 15 orang mualaf. 

Inilah rumah baru mereka !

Di sinilah akan dilaksanakan aktiviti seperti:

Pengajian Ilmu
Pengajian Al-Quran
Solat Berjemaah
Majlis Tazkirah
Majlis Syahadah Mualaf
Akan tetapi,

Untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar untuk :

Mereka sangat memerlukan bimbingan kita !

Kewajipan menyantuni mualaf bukan hanya terletak pada pihak berkuasa malah, kita saudara seakidah mereka. Banyak perkara yang perlu mereka korbankan untuk pilih memeluk Islam.
 
Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat 

(HR Muslim)

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan

“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin