Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan
Alhamdulillah
Mungkin anda tidak tergolong dalam kalangan tersebut
Namun, anda perlu sedar…
Masih ada insan lain diluar sana yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut
Mereka ini adalah golongan Asnaf Mualaf
Kami dari PERKIM Datuk Keramat memandang serius akan kebajikan mualaf yang berada di sekitar Lembah Klang.
Oleh itu, kami telah menyewakan sebuah rumah sebagai tempat berteduh serta pusat pendidikan untuk mualaf yang berada di bawah tanggungan PERKIM Datuk Keramat.
Kebanyakan penghuninya sudah berumur dan tinggal sebatang kara.
Kediaman ini mempunyai 7 bilik, cukup untuk menempatkan 15 orang mualaf.
Inilah rumah baru mereka !
Di sinilah akan diadakan aktiviti seperti :
Pengajian Ilmu
Pengajian Al-Quran
Solat Berjemaah
Majlis Tazkirah
Aktiviti Keagamaan yang lain
Akan Tetapi...
Untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar untuk :
Sewa Rumah
Makan Minum Mualaf
Elektrik & Air
Lain Lain Keperluan
Ikuti kisah menyentuh hati daripada pengalaman mualaf ini mengenal Islam
Selamat dari tali gantung kerana Allah
Takut Neraka Punca Mualaf Cina Pilih Islam
Nekad Pilih Islam Setelah Dengar Azan
Mereka sangat memerlukan bimbingan kita !
Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.
Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat
HR Muslim
Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan
“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”