Rumah Inspirasi Mualaf

Alhamdulillah…atas sokongan ramai orang, banyak perubahan yang positif telah berlaku kepada mualaf di Asrama Darul Fitrah.

Dari tak kenal huruf, kini mereka sudah boleh mengaji.

Dari tak tahu apa itu solat, kini mereka konsisten untuk solat berjemaah 5 waktu sehari semalam.

Kebanyakan daripada mereka sudah berumur dan tinggal sebatang kara.

Walaupun kami bersyukur dengan perkembangan positif ini, kami kini berhadapan dengan masalah kapasiti.

Asrama Darul Fitrah kini penuh dan tidak dapat menampung lagi penghuni baru.

Justeru, Perkim Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama NGO Inspirasi Mualaf telah memulakan inisiatif baru iaitu Rumah Inspirasi Mualaf untuk menampung lebih ramai mualaf.

Kawasan yang terletak di Kajang ini pernah menjadi pusat tahfiz suatu ketika dulu, namun ditutup sewaktu PKP beberapa tahun yang lalu.

Walaupun kemudahan yang sedia ada hampir lengkap, namun masih banyak juga yang perlu dibaiki dan dibaik pulih untuk keselesaan bakal penghuninya nanti.

Kawasan ini bakal boleh menempatkan sehingga 40-60 orang mualaf.






Alhamdulillah

Mungkin anda tidak tergolong dalam kalangan tersebut.

Namun, anda perlu sedar…
Masih ada insan lain diluar sana yang sedang berhadapan dengan situasi tersebut




Mereka ini adalah golongan Asnaf Mualaf.





Di sinilah akan dilaksanakan aktiviti seperti:

Pengajian Ilmu
Pengajian Al-Quran
Solat Berjemaah
Majlis Tazkirah
Aktiviti Keagamaan yang lain
Akan tetapi,

Untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar untuk :

Mereka sangat memerlukan bimbingan kita !

Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.
 
Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat 

(HR Muslim)

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan

“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

 

Kaedah Menyumbang

1- Pilih nilai yang anda ingin sumbangkan

2- Isi butiran penyumbang

3- Klik pembayaran melalui perbankan online atau mesin deposit tunai

Pemberitahuan:

1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang https://sedekahmuslim.com/ untuk maklumat lanjut.

2. Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.