RUMAH INSPIRASI MUALAF

HARAPAN BARU

Bagi Mualaf

Alhamdulillah…atas sokongan ramai orang, banyak perubahan yang positif telah berlaku kepada mualaf di Asrama Darul Fitrah.
01
Dari tak kenal huruf, kini mereka sudah boleh mengaji.
02
Dari tak tahu apa itu solat, kini mereka konsisten untuk solat berjemaah 5 waktu sehari semalam.
Kebanyakan daripada mereka sudah berumur dan tinggal sebatang kara.
Walaupun kami bersyukur dengan perkembangan positif ini, kami kini berhadapan dengan masalah kapasiti.
Asrama Darul Fitrah kini penuh dan tidak dapat menampung lagi penghuni baru !
Justeru, Perkim Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama NGO Inspirasi Mualaf

Memulakan inisiatif baru iaitu Rumah Inspirasi Mualaf untuk menampung lebih ramai mualaf.

Kawasan yang terletak di Kajang ini pernah menjadi pusat tahfiz suatu ketika dulu, namun ditutup sewaktu PKP beberapa tahun yang lalu.
Walaupun kemudahan yang sedia ada hampir lengkap, namun masih banyak juga yang perlu dibaiki dan dibaik pulih untuk keselesaan bakal penghuninya nanti.
Kawasan ini bakal menempatkan sehingga 40 - 60 orang mualaf.
Mereka ini adalah golongan Asnaf Mualaf

Di sinilah akan diadakan aktiviti seperti :

Pengajian Ilmu

Pengajian Al-Quran

Solat Berjemaah

Majlis Tazkirah

Aktiviti Keagamaan yang lain

Akan Tetapi...

Untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar untuk :

Sewa Rumah

Makan Minum Mualaf

Elektrik & Air

Lain Lain Keperluan

Mereka sangat memerlukan bimbingan kita !

Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.

Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Barangsiapa yang melepaskan satu kesusahan orang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat
HR Muslim
Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan
“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Pemberitahuan :

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah.
  • Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi.
  • Bagi pembayaran menggunakan payment gateway ToyyibPay, dalam statement bank akan terpapar pembayaran kepada TOYYIBPAY SDN BHD selepas pembayaran dibuat. ToyyibPay merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
Scroll to Top