Berkati Pagi Hari Anda dengan Bersedekah

Penting untuk kita tahu betapa besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi hari.

Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini?

  • Perlu menyiapkan tugasan dan ‘deadline’ sudah hampir
  • Perlu menghadiri temuduga bekerja
  • Perlu bekerja keras setiap hari demi keluarga
  • Memerlukan ketenangan hati

Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.

Kenali PERKIM Cawangan Datuk Keramat

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan..

Antara mereka yang cuba kami bantu dalam usaha ini adalah:

  • Asnaf
  • Mualaf
  • Warga emas
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Pesakit kronik

Asnaf Mualaf di sekitar Lembah Klang memerlukan bantuan untuk mereka mendalami agama dan juga bantuan tempat perlindungan secara berterusan

Cuba anda bayangkan sekiranya anda:

  • Dibuang keluarga sendiri
  • Hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal
  • Tidak dapat bekerja kerana sakit
  • Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan

Alhamdulillah…

Mungkin anda tak tergolong dalam kalangan tersebut.

Namun anda perlu sedar…

Masih ada insan diluar sana yang sedang berhadapan dengan situasi ini.

Mereka ini adalah Golongan Asnaf Mualaf

Kami dari PERKIM Datuk Keramat memandang serius akan kebajikan mualaf yang berada di sekitar Lembah Klang.

Oleh itu, kami telah menyewakan sebuah rumah sebagai tempat tinggal untuk mualaf yang berada di bawah tanggungan PERKIM Datuk Keramat.

Inilah Rumah Baru Mereka

Kediaman ini mempunyai 7 bilik, cukup untuk menempatkan 15 orang Asnaf Mualaf.

Disinilah akan dilaksanakan aktiviti seperti:

  • Pengajian al-Quran
  • Pengajian ilmu agama
  • Solat berjemaah
  • Sesi ceramah dan tazkirah
  • Aktiviti keagamaan yang lain

Akan tetapi, untuk menampung mereka, kami memerlukan kos perbelanjaan yang agak besar untuk:

Mereka Sangat Memerlukan Bimbingan Kita

Kita semua wajib menyantuni mualaf kerana mereka perlu berkorban banyak perkara untuk memilih memeluk Islam.

Sekiranya anda tak mampu membantu mereka, setidaknya bantulah usaha kami ini untuk meringankan beban mereka.

Waktu yang Terbaik untuk Bersedekah adalah SEKARANG

Selain dapat membantu masyarakat yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi.

sedekah pagi 2

Baca doa ini ketika anda menyumbang:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin