AYUH RAIH KEBERKATAN HARI JUMAAT DENGAN BERKONGSI REZEKI

Tahniah!

Anda merupakan insan yang dipilih oleh Allah untuk menolong mereka yang memerlukan pada hari Jumaat yang penuh barakah.
Kenapa Perlu Bersedekah Pada Hari Jumaat?

"Sedekah pada hari itu lebih utama berbanding sedekah pada hari-hari yang lain seumpama sedekah pada bulan Ramadan berbanding pada bulan-bulan selainnya"

(Ibnu Qayyim)
Masih Ramai Saudara Kita Di Luar Sana Yang Tak Seberuntung Kita
  • Masih ramai yang bercatu untuk makan
  • Tiada pendapatan yang tetap sedangkan kos hidup sangat tinggi
  • Hidup makin melarat akibat harga barang mentah yang naik mendadak sekarang

Kenali PERKIM Cawangan Datuk Keramat

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Antara golongan yang PERKIM bantu adalah :
Asnaf
Warga Emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya
Pesakit Kronik
Pn. Rohani merupakan seorang ibu tunggal yang tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan. 3 daripada 4 orang anak-anaknya merupakan anak istimewa.
Pn. Sarah merupakan satu-satunya mualaf dalam keluarganya. Beliau perlu menjaga bapanya yang uzur
dan ibunya yang menghidap kegagalan buah pinggang. 4 orang anak-anaknya juga masih kecil.

Tanpa sokongan daripada anda yang budiman, misi bantuan ini tidak akan berjalan dengan lancar malah mungkin terbantut.

Berkongsi Rezeki Adalah Salah Satu Cara Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Lebih Luas

Jom manfaatkan hari Jumaat anda dengan berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.
Sokongan yang anda berikan ini bukan sahaja akan membantu mereka yang kesusahan malah turut membantu anda di dunia dan akhirat kelak.
Semoga Tuan/Puan dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah dengan asbab keprihatianan yang diberi.

Terima kasih atas sokongan anda!

Baca doa ini ketika anda menyumbang:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau permudahkanlah urusanku pada hari ini”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin