“ Mulakan Hari Dengan Sedekah Subuh ”

Marilah semua kita mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Mungkin suatu hari akan tiba giliran kita pula memerlukan bantuan. Allah akan mempermudahkan urusan kita kerana kita sering mempermudahkan urusan orang lain.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, maksudnya: “Bersedekahlah kamu sebelum datangnya waktu kamu tidak mampu bersedekah. Setiap orang boleh memberikan apa-apa sahaja, dinar, dirham, pakaian, gandum, kurma, bahkan apabila kamu hanya boleh memberikan separuh kurma, maka berikan.

Jemput Rezekimu dengan Sedekah

PERKIM Cawangan Datuk Keramat sejak 2011 sehingga kini menjalankan semua kerja yang berteraskan kebajikan, pendidikan, dakwah termasuk memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Antara kelompok yang cuba kami bantu dalam usaha ini adalah:

Asnaf

Warga Emas

Mualaf

Orang Kelainan Upaya (OKU)

Pesakit Kronik

Ibu Tunggal

Sumbangan Anda Mampu...

Mengukir senyuman di wajah-wajah mereka yang dalam kesusahan

Membuatkan mualaf kenal erti kehidupan persaudaraan dalam Islam

Meringankan bebanan warga emas, OKU dan orang sakit

" Bukan niat mereka untuk meminta-minta namun keadaan yang memaksa "

Masih ramai orang di luar sana yang hidup dalam kesempitan, bukan mereka tak berusaha untuk mengubah hidup namun situasi hidup semua orang tidak sama. Mereka hanya mampu mengharapkan bantuan daripada mereka yang prihatin.

Ayuh Tuan Puan, kita sama-sama hulurkan bantuan agar nasib mereka terbela.

 

Cara-Cara Untuk Menyumbang

Wang yang anda sumbangkan hari ini akan menjadi saham anda di akhirat kelak dan pahala sedekah jariah itu terus menerus mengalir kepada anda walaupun setelah meninggal dunia.

Seperti dalam hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah: Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan. Anak soleh yang dia tinggalkan. Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan. Masjid yang dibina. Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina. Sungai yang dia alirkan. Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup. Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242)