GANDAKAN PAHALA DENGAN SEDEKAH SUBUH

Marilah semua kita mengambil peluang ini untuk berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Mungkin suatu hari akan tiba giliran kita pula memerlukan bantuan. Allah akan mempermudahkan urusan kita kerana kita sering mempermudahkan urusan orang lain.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, maksudnya: “Bersedekahlah kamu sebelum datangnya waktu kamu tidak mampu bersedekah. Setiap orang boleh memberikan apa-apa sahaja, dinar, dirham, pakaian, gandum, kurma, bahkan apabila kamu hanya boleh memberikan separuh kurma, maka berikan.

Jemput Rezekimu dengan Sedekah

PERKIM Cawangan Datuk Keramat sejak 2011 sehingga kini menjalankan semua kerja yang berteraskan kebajikan, pendidikan, dakwah termasuk memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Sumbangan yang anda berikan akan digunakan untuk membantu lebih ramai orang di luar sana yang berminat untuk memeluk agama Islam.

Kami akan agihkan bantuan dan menyediakan pengajian ilmu untuk mualaf. 

Rumah mualaf di bawah kelolaan PERKIM Datuk Keramat seperti Asrama Darul Fitrah menempatkan ramai Mualaf.

Namun begitu, rumah tersebut mempunyai kapasiti yang terhad.

Oleh itu, kami sedang usahakan untuk menyediakan satu lagi rumah yang dinamakan Rumah Inspirasi Mualaf. Ia bakal menempatkan 40-60 orang mualaf.

Kelebihan untuk mualaf di sini adalah:

  1. Pengajian Ilmu dan Al-Quran.
  2. Solat berjemaah dan majlis tazkirah.
  3. Aktiviti keagamaan yang lain.
  4. Mempunyai tempat untuk berlindung.

Sumbangan Anda Mampu...

Mengukir senyuman di wajah-wajah mereka yang dalam kesusahan

Membuatkan mualaf kenal erti kehidupan persaudaraan dalam Islam

Membantu Mualaf mendalami agama.

Cara-Cara Untuk Menyumbang

Wang yang anda sumbangkan hari ini akan menjadi saham anda di akhirat kelak dan pahala sedekah jariah itu terus menerus mengalir kepada anda walaupun setelah meninggal dunia.

Seperti dalam hadis Nabi SAW:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah: Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan. Anak soleh yang dia tinggalkan. Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan. Masjid yang dibina. Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina. Sungai yang dia alirkan. Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup. Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242)