Jom ringankan beban yang ditanggung oleh keluarga En Abdullah

Sebagai ketua keluarga, Encik Abdullah (bukan nama sebenar) cuba sedaya upaya untuk mencukupkan keperluan keluarganya.

“ Saya tahu yang dia nak sangat belajar macam budak-budak lain ”

Hasrat Encik Abdullah untuk memberikan pendidikan yang baik untuk anaknya yang baru berusia 10 tahun itu terpaksa dilupakan seketika akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh mereka sekeluarga.

En. Abdullah hanya mampu terbaring setelah patah kaki akibat kemalangan yang menimpanya.

Entah bagaimana masa depan anak ini bila tak terima sebarang pendidikan normal

Sudikah anda bersama kami menyuluh harapan buat anak kecil ini menimba ilmu seperti kanak-kanak yang lain?

Ayuh Zahirkan Sokongan Anda !

Perkim cuba sedaya upaya untuk meringankan beban yang dipikul oleh Encik Abdullah sekeluarga.

Namun, tanpa sokongan anda, usaha ini mungkin terbantut.

Jom zahirkan keprihatinan anda buat Encik Abdullah sekeluarga dengan berkongsi rezeki bersama mereka.

Baca Doa Ini Saat Anda Bersedekah

“ Ya Allah..dengan sedikit pemberianku ini, Engkau ringankanlah beban mereka dalam menempuh ujian dari-Mu. Semoga sumbangan ini menjadi saksi bahawa Aku pernah peduli dengan kesusahan saudaraku di akhirat kelak ”