“ Duit nak makan pun kadang tak lepas, inikan pula nak bayar sewa rumah "
Tanda Allah sayang pada kita, Dia beri peluang kepada kita untuk melakukan kebaikan setiap hari.
“ Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul "
Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan hidup En. Azizan Osman sekeluarga.
Isterinya menghidap masalah kemurungan sehingga pernah terlantar selama sebulan.
Beliau tidak dapat meninggalkan isterinya keseorangan untuk tempoh masa yang lama kerana risau akan tahap keselamatan isterinya.
En. Azizan sendiri menghidap penyakit misteri yang menyebabkan sendi-sendi pada badannya kerap sakit dan lehernya tidak dapat ditegakkan dalam jangka masa yang lama.
4 orang anak-anaknya juga masih kecil dan sedang bersekolah.