“ Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Yang Memikul "
Itulah perumpamaan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan hidup En. Azizan Osman sekeluarga.
Isterinya menghidap masalah kemurungan sehingga pernah terlantar selama sebulan.
Beliau tidak dapat meninggalkan isterinya keseorangan untuk tempoh masa yang lama kerana risau akan tahap keselamatan isterinya.
En. Azizan sendiri menghidap penyakit misteri yang menyebabkan sendi-sendi pada badannya kerap sakit dan lehernya tidak dapat ditegakkan dalam jangka masa yang lama.
4 orang anak-anaknya juga masih kecil dan sedang bersekolah.
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi.
Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan..
Antara mereka yang cuba kami bantu dalam usaha ini adalah:
Asnaf
Warga Emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Pesakit Kronik
Ibu Tunggal
“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan, kecuali ia bertambah, bertambah dan bertambah”
(HR. Tirmidzi)
Bersedekah Adalah Salah Satu Cara Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Lebih Luas
Ayuhlah kongsikan rezeki anda bersama En. Azizan sekeluarga agar mereka boleh meneruskan hidup yang penuh dengan ujian ini.
Tanpa bantuan daripada anda yang budiman, misi bantuan ini tidak akan berjalan dengan lancar malah mungkin terbantut.