" Kalau tak dapat pendidikan yang baik entah macam mana keadaan mereka bila kami dah tak ada nanti "

Kekangan Dihadapi En Mohd Nor Sekeluarga

Akibat masalah kewangan, En. Mohd Nor dan Pn. Fazirah terpaksa menangguh hasrat untuk menghantar anak istimewa mereka, Nor Aminah yang berusia 5 tahun ke tadika.
Nor Aminah menghidap bengkak saraf sejak lahir dan menyebabkan pergerakan hariannya terganggu.
Manakala kakaknya, Nor Mariam menghidap simptom lewat perkembangan.
Justeru, mereka perlu berulang-alik ke hospital setiap minggu bagi menjalani terapi cara kerja supaya mereka boleh belajar berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
Dengan pendapatan sebagai pemandu e-hailing dan bisnes online secara kecil-kecilan, En. Mohd Nor dan Pn. Fazirah tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika swasta
kerana yuran bulanan yang agak tinggi memandangkan tadika kerajaan tidak menerima kes-kes istimewa sebegini.
Kanak-kanak istimewa juga berhak untuk mendapatkan pendidikan sama seperti kanak-kanak normal yang lain.
Biarpun tak sempurna seperti kanak-kanak lain, mereka tetap ada hak untuk belajar. Sekurang-kurangnya demi meneruskan kelangsungan hidup mereka pada masa akan datang.
Bagaimana kehidupan anak-anak istimewa ini andai ibu bapa mereka telah pergi selama-lamanya suatu hari nanti?
Sudikah anda bersama kami meringankan beban keluarga kecil ini dengan menyekolahkan anak-anak istimewa mereka?

Perkim Datuk Keramat

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Antara golongan yang PERKIM bantu adalah :
Asnaf
Warga Emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya
Pesakit Kronik
Ibu Tunggal

Berkongsi Rezeki Adalah Salah Satu Cara Untuk Membuka Pintu Rezeki Yang Lebih Luas

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan, kecuali ia bertambah, bertambah dan bertambah
HR. Tirmidzi
Ayuhlah kongsikan rezeki anda bersama En. Mohd Nor sekeluarga agar hasrat mereka untuk memberikan pendidikan yang terbaik buat anak-anak istimewa mereka tercapai.
Tanpa sokongan anda, misi ini tidak akan berjalan dengan lancar malah mungkin terbantut.
Semoga Tuan/Puan dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah dengan asbab pemberian ikhlas ini.
Scroll to Top