"Hilang Tempat Berteduh & Hanya Mampu Menumpang Di Rumah Saudara"

Kehidupan 3 sekeluarga yang sangat terdesak

Saudari Moontaj Sheikh Adam, 56 tahun, terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah suami tercinta lumpuh dan hanya mampu terbaring sahaja.

Enam bulan sewa tertunggak menyebabkan keluarga kecil ini dihalau dari rumah sewa yang telah didiami sekian lama. Mereka tiada pilihan lain selain menumpang berteduh di rumah saudara buat sementara waktu.

" Keadaan suaminya yang lumpuh dan hanya mampu terbaring "

Dana Yang Diperlukan

Ringgit Setiap Bulan
0

Untuk perbelanjaan ubat-ubatan suaminya dan kos rawatan anaknya yang menderita kanser usus tahap 4. Duit simpanan mereka semakin hari semakin menyusut. Mana tidaknya, kos perbelanjaan harian untuk makan dan minum juga semakin meningkat. 

Adakah berserah pada takdir pilihan terbaik buat mereka ?

" Ajal saya dah nak dekat, mak tak payahlah susahkan diri untuk jaga saya "

Hati ibu mana yang tidak tercuit mendengarkan kata-kata itu keluar dari mulut seorang anak yang sedang berjuang untuk hidup.

Andai dapat ditukar ganti sakit itu kepadanya, pasti sanggup dilakukannya walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun.

Namun, tiada siapa yang mampu melawan takdir-Nya. Hidup perlu diteruskan jua, semangat dan kekuatan yang hampir pudar harus dikumpulkan kembali.

“Selagi mak ada, mak akan ikhtiar”

Jadi sanggupkah anda membiarkan mereka berputus asa bagai tiada sinar harapan?

Siapa PERKIM ?

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi. Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Kami dari PERKIM cawangan Datuk Keramat mengharapkan bantuan dari anda untuk kita sama-sama memberikan sinar harapan baru buat keluarga ini.
 
Sedikit dari anda amat bermakna buat Puan Moontaj dan keluarganya.
 
Mungkin dari sedekah yang anda hulurkan pada hari ini menjadi asbab urusan anda dipermudahkan oleh Allah SWT di hari akhirat kelak.
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Muslim, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan di Akhirat…”
(Riwayat Muslim)

Untuk menyumbang tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah

Scroll to Top