Terlalu Berat Bebanan Dipikul Puan Rohani

” Tanpa suami di sisi, menjaga 3 anak istimewa dengan tidak bekerja adalah sangat berat untuk Puan Rohani “

Beratnya Dugaan Ibu Tunggal Ini...

Bukan 1 atau 2, tapi 3 daripada 4 anaknya merupakan anak istimewa (OKU mental).

Anak lelaki sulungnya mengidap penyakit OKU mental tahap teruk dan dua lagi adiknya juga mempunyai sakit OKU mental tapi masih di tahap sederhana.

Pada tahun 2021, Pn Rohani telah kehilangan suaminya disebabkan COVID-19.

Kini, beliau menjadi ibu tunggal dan tidak bekerja. Hanya seorang anaknya yang normal bekerja dan menyara mereka sekeluarga.

Keluarga beliau ada menerima bantuan zakat sebanyak RM700, namun jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

Ayuh Zahirkan Keprihatinan Kita Sesama Saudara !

Sedikit dari anda amat bermakna buat Puan Rohani dan keluarganya. Mungkin dari sedekah yang anda hulurkan pada hari ini menjadi asbab urusan anda dipermudahkan oleh Allah SWT di hari kelak.

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Muslim, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan di Akhirat..." (Riwayat Muslim)

Semoga Allah SWT memberikan ganjaran berlipat ganda kepada anda.

Terima kasih atas sumbangan anda !