” Tanpa suami di sisi, menjaga 3 anak istimewa dengan tidak bekerja adalah sangat berat untuk Puan Rohani “

Pn Rohani dikurniakan 4 orang anak ...

3 daripadanya merupakan OKU manakala seorang lagi adalah normal.

Anak lelaki sulungnya mengidap penyakit OKU mental tahap teruk dan dua lagi adiknya juga mempunyai sakit OKU mental tapi masih di tahap sederhana.

Pada tahun 2021, Pn Rohani telah kehilangan suaminya disebabkan wabak yang melanda.

Kini, beliau menjadi ibu tunggal dan tidak bekerja. Hanya seorang anaknya yang normal bekerja dan menyara mereka sekeluarga.

Keluarga beliau ada menerima bantuan zakat sebanyak RM700, namun jumlah tersebut sudah tentu tidak mencukupi untuk menyara keluarga.

Jangan Biarkan Pn. Rohani Sekeluarga Terus Dihimpit Kesusahan

"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Muslim, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan di Akhirat..." (Riwayat Muslim)

Marilah berganding bahu dengan berkongsi rezeki bagi mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi oleh Pn. Rohani sekeluarga.

Ayuh kita bantu mereka !

Baca Doa Ini Saat Anda Menyumbang

“ Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan urusan mereka ”

Amin Ya Rabbal ‘Alamin 

Scroll to Top