Sebuah NGO yang berperanan untuk membantu mereka yang memerlukan
DATUK KERAMAT
Antara aktiviti yang dijalankan oleh PERKIM DATUK KERAMAT ialah:
“Saya yakin dengan janji Allah siapa yg bersedekah 1 akan dibalas 10. Saya hanya pekerja bawahan dengan gaji cukup makan. Perbezaan yg saya rasai selepas amalkan bersedekah hati tenang dan sentiasa cukup sampai hari gaji bulan depan. Dulu jika saya tidak bersedekah wang gaji cepat habis dan merasa risau. Dada terasa sempit. Itu saja perkongsian saya. Mohon doakan saya agar istiqomah bersedekah. Aamiin”
“Apa yang dapat dirasai perbezaan selepas selalu bersedekah walaupun tidak banyak adalah rasa kelapangan dalam hidup terutama dari segi kewangan kerana sebelum ini setiap bulan kewangan tidak mencukupi , belum cukup bulan simpanan yang ada dalam tabungan pasti dikeluarkan. Namun ia berbeza selepas saya selalu bersedekah, saya tidak lagi mengeluarkan simpanan saya , rasa hidup aman dan segalanya mencukupi setiap bulan.”
“Saya penah sedekah RM20 mase heboh palestin kena bom tu kan, Saya sedih sangat terbayang anak anak kecil dekat sana. Saya tak dapat nak sedekah banyak sebab saya pun tak ada pekerjaaan time Covid ni. Saya ikhlas sedekah RM20, sekali hari yang sama juga Allah balas rezeki dapat RM 200. Saya dapat 10 kali ganda dari apa yang saya sedekah. Jadi kalian jangan lah kedekut nak bersedekah. Sedekah tidak akan miskinkan kita. Percaya rezeki Allah itu luas.”
Mulai Mei 2021, PERKIM Datuk Keramat membantu beberapa orang Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, fakir miskin, pesakit kronik serta Mualaf. Jumlahnya setiap bulan semakin meningkat.
Menjelang September 2021, kami mensasarkan untuk membantu lebih ramai golongan ini secara berterusan. Ahamdulillah, jumlah ini mendekati sasaran lebih lagi di waktu PKP/PPN ketika ini.
Komitmen kami lebih besar kerana sumbangan ini berbentuk bulanan dan tetap. Tanpa sumbangan dari para penyumbang, kempen ini tidak mungkin dapat dijalankan. Harapan kami kesemua mereka dapat hidup selesa, selain membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.
Bantu kami untuk membantu mereka. Bersama kita kongsi rezeki dengan mereka yang istimewa pada kami dan anda.
Bantu mereka yang memerlukan agar kita dapat bersama sama membantu meringankan beban mereka.