PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

PENGENALAN PEKIM DATUK KERAMAT

Kenali PERKIM

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi.
Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan. Antara golongan yang disasarkan dalam usaha ini adalah:
  • Asnaf & ibu tunggal
  • Warga emas
  • Mualaf
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Pesakit kronik

Ayuh Rebut Peluang Keemasan Ini Sekarang!

PERKIM cawangan Datuk Keramat ingin mengajak anda untuk bersama-sama kami bagi melancarkan misi meringankan beban mereka yang memerlukan di luar sana.

Pn. Rohani merupakan seorang ibu tunggal yang tidak dapat bekerja kerana masalah kesihatan. 3 daripada 4 orang anak-anaknya merupakan anak istimewa.
Pn. Sarah merupakan satu-satunya mualaf dalam keluarganya. Beliau perlu menjaga bapanya yang uzur dan ibunya yang menghidap kegagalan buah pinggang. 4 orang anak-anaknya juga masih kecil.

Tanpa sokongan daripada anda yang budiman, misi ini tidak akan berjalan dengan lancar malah mungkin terbantut.

Mereka yang sedar kurangnya bekal yang dimiliki untuk menghadapi hari penghitungan kelak, kedatangan Ramadan setiap tahun pastinya menghibur hati atau bak kata anak muda sekarang masa untuk healing.


Ganjaran pahala yang berlipat ganda pastinya menjadi rebutan ramai kerana peluang ini hanya dapat dirasai sekali sahaja dalam setahun.


Selain daripada laksanakan ibadah wajib dan sunat yang sering kita dengar, berkongsi rezeki juga adalah amalan yang besar ganjarannya.


Bayangkan jika hari biasa pun ganjarannya boleh mencecah sehingga 700x ganda, inikan pula di bulan Ramadan yang penuh barakah ini.
Siapa yang memudahkan urusan orang yang dalam kesusahan, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat ...
HR Muslim
Semoga Tuan/Puan sentiasa dimewahkan rezeki dengan asbab pemberian ikhlas hari ini, dan moga-moga Ramadan kali ini adalah Ramadan terbaik buat kita semua.

Aamiin...

Terima Kasih Atas Sokongan Anda!
Scroll to Top