Antara amalan yang mesti kita buat sepanjang hari di bulan Ramadan adalah amalan BERSEDEKAH.
Betapa ruginya orang yang terlepas untuk bersedekah sepanjang dia menjalani bulan Ramadan.
Oleh itu, kami dari PERKIM cawangan Datuk Keramat,
ingin mengajak anda semua untuk bersedekah bagi membantu saudara Mualaf kita yang asnaf dan amat memerlukan bimbingan daripada kita .
Sangatlah Rugi Jika Anda Abaikan Peluang Terbesar Ini !
Ramadan telah pun datang, janganlah kita berasa rugi tidak melakukan amal kebaikan selepas bulan Ramadan pergi. Ganjaran berkongsi rezeki buat mereka yang memerlukan sangatlah besar.
Jadi kami ingin mengajak anda semua bersama-sama berkongsi rezeki dengan mereka.
Kenali PERKIM
Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merupakan satu badan kebajikan yang telah diasaskan sejak tahun 1960 lagi.
Kami bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kebajikan. Antara golongan yang disasarkan dalam usaha ini adalah:
Asnaf & ibu tunggal
Warga emas
Mualaf
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Pesakit kronik
Asnaf Mualaf di sekitar Lembah Klang memerlukan bantuan untuk mereka mendalami agama dan juga bantuan tempat perlindungan secara berterusan
Malang sekali, sebahagian kita mungkin tidak peduli pun akan peritnya kehidupan sebagai Mualaf
Demi memilih kembali kepada fitrah asal beragama Islam, saudara Mualaf kita diduga dengan pelbagai ujian hidup.
Ramai di antara mereka yang diuji dengan:
Dibuang keluarga sendiri
Hidup sebatang kara tanpa tempat tinggal
Tidak dapat bekerja kerana sakit
Tiada tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan