Perkim Datuk Keramat @ Dato Keramat

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya

Perkim Datuk Keramat

AKTIVITI PERKIM DATUK KERAMAT

Antara aktiviti yang dijalankan oleh PERKIM DATO KERAMAT ialah: 

  • Membantu Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, fakir miskin, pesakit kronik serta Mualaf
  • Membantuk mereka yang memerlukan seperti peniaga kecil, pembantu kedai, suri rumah, pengawal keselamatan dan sebagainya
  • Membantu mengislamkan orang bukan islam
  • Mengadakan kelas Online untuk saudara baru
  • Menyediakan Food Bank untuk asnaf

Artikel Terkini

Dapatkan info – info dan maklumat terkini segala aktiviti yang dijalankan oleh perkim datuk keramat  melalui artikel artikel yang di sedikan.

Prakarsa PERKIM Cawangan Datuk Keramat dalam membentuk insan-insan berilmu di kalangan para mualaf bermula dari tahun lepas. Bermulanya dari hanya idea dan …

(Serahan kunci kediaman baharu Asrama Darul Fitrah)  Alhamdulillah, semua pelajar asrama Darul Fitrah telah ditempatkan di sebuah kediaman baharu yang terletak di …

Kerjasama PERKIM Datuk Keramat / Bahagian Wilayah Persekutuan dan Daie Komuniti Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM) 18 Mei 2022 Misi dan objektif …

Alhamdulillah, setelah berabad usia beliau mencari agama, ternyata Islam adalah penyelesaiannya. Selain itu, syukur diucapkan kepada Allah SWT kerana memilih insan yang …

Bantuan Kepada Yang Memerlukan

Mulai Mei 2021, PERKIM Datuk Keramat membantu beberapa orang Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, fakir miskin, pesakit kronik serta Mualaf. Jumlahnya setiap bulan semakin meningkat.

Menjelang September 2021, kami mensasarkan untuk membantu lebih ramai golongan ini secara berterusan. Ahamdulillah, jumlah ini mendekati sasaran lebih lagi di waktu PKP/PPN ketika ini.

Komitmen kami lebih besar kerana sumbangan ini berbentuk bulanan dan tetap. Tanpa sumbangan dari para penyumbang, kempen ini tidak mungkin dapat dijalankan. Harapan kami kesemua mereka dapat hidup selesa, selain membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Bantu kami untuk membantu mereka. Bersama kita kongsi rezeki dengan mereka yang istimewa pada kami dan anda.

Apa Kata Mereka Yang Sudah Menderma?

“Saya yakin dengan janji Allah siapa yg bersedekah 1 akan dibalas 10. Saya hanya pekerja bawahan dengan gaji cukup makan. Perbezaan yg saya rasai selepas amalkan bersedekah hati tenang dan sentiasa cukup sampai hari gaji bulan depan. Dulu jika saya tidak bersedekah wang gaji cepat habis dan merasa risau. Dada terasa sempit. Itu saja perkongsian saya. Mohon doakan saya agar istiqomah bersedekah. Aamiin”

Ahmad faruq

“Apa yang dapat dirasai perbezaan selepas selalu bersedekah walaupun tidak banyak adalah rasa kelapangan dalam hidup terutama dari segi kewangan kerana sebelum ini setiap bulan kewangan tidak mencukupi , belum cukup bulan simpanan yang ada dalam tabungan pasti dikeluarkan. Namun ia berbeza selepas saya selalu bersedekah, saya tidak lagi mengeluarkan simpanan saya , rasa hidup aman dan segalanya mencukupi setiap bulan.”

Siti Zubaidah

“Saya penah sedekah RM20 mase heboh palestin kena bom tu kan, Saya sedih sangat terbayang anak anak kecil dekat sana. Saya tak dapat nak sedekah banyak sebab saya pun tak ada pekerjaaan time Covid ni. Saya ikhlas sedekah RM20, sekali hari yang sama juga Allah balas rezeki dapat RM 200. Saya dapat 10 kali ganda dari apa yang saya sedekah. Jadi kalian jangan lah kedekut nak bersedekah. Sedekah tidak akan miskinkan kita. Percaya rezeki Allah itu luas.”

en.alias

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka