Tanggal 19 Disember 2021, Malaysia dikejutkan dengan kejadian banjir besar yang mengakibatkan 8 buah negeri terjejas. Antara negeri-negeri tersebut, Selangor merupakan negeri yang mendapat liputan meluas kerana banjir kali ini dianggap yang paling teruk semenjak 7 tahun yang lepas. Selain kemusnahan harta benda, banjir kali ini turut meragut banyak nyawa.
Sehubungan dengan itu, orang ramai dilihat bersama sama beberapa NGO turun padang untuk membantu mangsa-mangsa banjir ini. Mereka membantu mangsa-mangsa banjir ini dari pelbagai aspek. Ada yang membantu membersihkan rumah, ada yang memberi bekalan makanan, tempat tinggal, pakaian dan sebagainya.
Namun, hakikatnya mereka semua masih memerlukan pertolongan dari kita. Mereka memerlukan lebih banyak sumbangan dari rakyat Malaysia. Di sini peranan kita sebagai rakyat Malaysia untuk membantu mereka. Jom kita lihat 10 NGO yang terlibat dengan misi bantuan banjir.
Pertubuhan ini berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia ROS sejak 2014 dan aktif sehingga kini. Mempelopori aktiviti kebajikan kepada masyarakat khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur. Melaksanakan aktiviti amal dan kemasyarakatan melibatkan institusi masyarakat seperti masjid, surau, persatuan penduduk dan lain-lain
Cetusan penubuhan bermula di atas rasa tanggungjawab sebagai umat Islam untuk membantu mangsa gempa bumi di Iran dan Turki beberapa tahun yang lalu. Objektif utama adalah untuk membantu golongan yang memerlukan dengan tema “Bantuan Kemanusiaan Merentasi Sempadan.”
Membuat perkhidmatan bantuan kebajikan untuk asnaf, OKU, gelandangan, mualaf, ibu tunggal, anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan bantuan.
PKN (Pertubuhan Kasih Neelofa) berkuatkuasa pada bulan Jun 2020 dengan persetujuan dari Jabatan Pertubuhan Malaysia . Beroperasi di lebih 14 buah negeri di Malaysia. Mereka juga bergerak ke 16 buah bandar untuk membantu komuniti dan mengusahakan projek kelestarian. Perkataan Neelofa diambil dari nama ketua organisasi ini, Noor Neelofa Binti Mohd Noor.
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM komited dalam usaha membina sebuah negara berdasarkan prinsip keadilan, kebebasan, inklusif dan dignity.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah Badan Masyarakat Madani (CSO) yang mewakili pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6hb Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966
Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau lebih dikenali sebagai Muslim Volunteer Malaysia secara sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 30 Disember 2014.
MyFundAction dahulunya dikenali sebagai Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKMM). Berdaftar dan salah satu NGO yang sangat aktif dibiayai sepenuhnya melalui perniagaan dan sokongan sukarela berjuta-juta orang di seluruh dunia dan rakan kongsi dalam kerajaan, masyarakat sivil dan sektor swasta. Sukarela dan sumbangan perniagaan membolehkan MyFundAction membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah, kurang bernasib baik dan warga emas. MyFundAction juga berusaha untuk meningkatkan kualiti hidup mereka dan menjadi pemangkin kepada golongan yang memerlukan untuk bergerak ke hadapan dan mengubah taraf hidup yang lebih baik untuk kembali memberi manfaat tersebut kepada masyarakat lain yang lebih memerlukan
Ditubuhkan pada 1999, berpangkalan di Malaysia yang berdedikasi untuk memberi bantuan kemanusiaan semasa situasi krisis dan bukan krisis. Beroperasi di lebih 30 buah negara di seluruh dunia, menyediakan rawatan perubatan, pemulihan selepas krisis, dan latihan tentang pencegahan dan kesiapsiagaan bencana.