7 CHECKLIST PERSEDIAAN SEBELUM MEMASUKI BULAN RAMADHAN

7 CHECKLIST PERSEDIAAN MEMASUKI RAMADHAN

RAMADHAN KIAN HAMPIR

Sedar tidak sedar tinggal lagi beberapa hari sahaja lagi kita bakal memasuki bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan sememangya ternanti-nati oleh seluruh umat islam di seluruh dunia.Hal ini kerana, bulan Ramadhan adalah waktu terbaik untuk anda mendekatkan diri dengan Allah SWT dan perbanyakkan amal kebaikkan. Namun begitu, adakah anda sudah betul-betul bersedia untuk melangkah ke bulan Ramadhan?

Sepertimana kita merancang untuk bercuti bersama keluarga atau mengikuti mana-mana program yang kita sukai sudah tentu kita aka nada checklist tersendiri sebelum tiba pada hari tersebut. Betul? Sebagai contoh, Ali sekeluarga akan bercuti ke Pulau Redang pada hari khamis ini, sudah tentu aka nada senari checklist sebagai tanda persediaan sebelum hari percutian itu tiba. Hal ini kerana kita mengharapkan tiada perkara atau barang yang terlepas pandang sewaktu bercuti tersebut. Begitu juga dengan Ramadhan. Jika kita benar-benar menantikan Ramadhan sudah tentu kita akan berdoa akan dipertemukan pada bulan tersebut. Seperti anak kecil yang sering menyebut tentang hal disukainya kepada ibubapanya.

Andai kata, tiada rasa seronok dalam diri kita terhadap bulan Ramadhan, sesungguhnya kita perlu muhasabah diri kita semula. Istighfar dan perbanyakkan zikir kepada Allah SWT supaya dicampakkan rasa syok untuk beribadah sebelum menjelang bulan Ramadhan. Oleh itu, ada beberapa checklist secara umum yang boleh digunapakai oleh semula golongan masyarakat Islam sebelum memasuki bulan Ramadhan.

CHECKLIST PERSEDIAAN

Sebelum menyambuat bulan Ramadhan anda perlulah melakukan persediaan. Ada beberapa persediaan yang perlu anda lakukan sebelum anda melangkah ke bulan ramadhan.

Ia bertujuan untuk memastikan supaya diri kita bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Ada beberapa checklist yang boleh anda lakukan. Antaranya:

  • Menjaga Kesihatan Diri

Bulan puasa merupakan waktu untuk kita mengumpul pahala dan segala amalan baik.  Pada waktu inilah peluang untuk anda melakukan ibadah wajib dan juga perbanyakkan ibadah sunat. Justeru itu, kita perlulah menjaga kesihatan diri supaya kita tidak terlepas peluang untuk melakukan ibadat. Bukan itu sahaja, apabila kesihatan kita baik, kita dapat berpuasa dengan penuh pada tahun tersebut.

  • Semak Semula Hukum Hakam Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramdahan hanya datang setahun sekali. Disebabkan itu, kadang-kala kita terlupa mengenai segala hukum hakam di bulan Ramadhan. Justeru itu, sebelum anda hendak menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, apa kata anda semak dahulu segala hukum hakam di bulan Ramadhan.

Dengan menyemak segala semula hukum hakam di bulan Ramadhan, ia dapat membuatkan anda mengingat kembali perkara yang wajib dan perkara yang dilarang dilakukan di bulan Ramadhan. Ia sekali gus dapat mengelakkan dari anda melakukan ibadah dengan sia-sia dan dapat mengelakkan dari puasa anda terbatal. Dengan ini, dapat menjadikan diri kita lebih berhati-hati dengan perkara yang makruh sekaligus perkara yang boleh membatalkan puasa.

  • Melatih Diri Supaya Bangun Malam

Pada waktu malam di bulan Ramadhan orang berpusu-pusu bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah sunat. Tetapi untuk bangun pada waktu malam merupakan cabaran buat kita semua lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak pernah bangun pada lewat malam untuk mengerjakan ibadah.

Jadi, mulai dari sekarang anda perlu melatih diri anda untuk bangun tengah malam bagi mengerjakan ibadah. Jadikan jam penggera sebagai bantuan untuk anda bangun malam dengan mudah. Jika kita sudah terbiasa bangun malam, kita akan masih sempat bersahur wwalaupun terlewat bangun untuk qiamullail. Hal ini kerana, badan kita telah terbiasa bangun lebih awal daripada itu.

  • Ketahui Jadual Dan Rancang Dengan Awal

Setiap orang mempunyai komitmen yang berbeza-beza. Ada yang masih belajar di sekolah, ada yang sibuk dengan projek di universiti, ada juga yang telah masuk alam pekerjaan. Bahkan pada bulan Ramadhan jadual bekerja juga berubah waktu. Oleh itu, perlu kita ketahui lebih awal. Jika masih tiada jadual dan waktu kerja yang diberitahu tuntutlah dengan pihak atasan agar kita lebih mudah untuk merancang dan Menyusun jadual kerja duniawi, ibadah dan bersama keluarga.

  • Mula Melakukan Ibadah Sunat

Walaupun bulan Ramadhan bakal menjelma beberapa hari lagi, tetapi tidak salah untuk kita mula melakukan ibadat sunat seperti bersedekah dan bertadarus. Bahkan, jika kita mengingin melakukan khatam al-Quran pada bulan Ramadhan namun, kita merasakan tidak mampu atau sempat untuk menyelesaikan bacaan jika dimulakan pada awal Ramadhan, justeru kita boleh mulakan dari sekarang. Ketika itu, berdoalah sebanyak-banyaknya kerana pintu rezeki dan taubat terbuka seluas-luasnya. Moga Allah SWt memakbulkan segala permintaan kita semua sesuai dengan jalan takdirNya.

  • Jangan Biasakan Diri Dengan Amalan Membazir

Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza untuk apa yang mereka lakukan. Sesetengah orang memerlukan hidangan penuh untuk kekal bertenaga sepanjang hari, sementara yang lain sudah rasa cukup dengan minum air supaya tidak mengalami dehidrasi ketika berpuasa.

Sudah tentu kita mengetahui had keperluan diri kita. Jika dengan dua jenis lauk sahaja sudah mencukupi, janganlah beli atau masak berlebih-lebihan. Pada akhirnya makanan tersebut dibuang begitu sahaja. Jika membeli atau memasak lauk yang banyak dengan tujuan untuk bersedekah itu tidak mengapa. Bahkan ianya lebih baik.

Ada juga dikalangan kita yang merasa sayang dengan lauk yang terlalu banyak dibeli. Dengan itu, individu tersebut memakan lauk melebihi daripada keperluannya. Impaknya, tidak mampu untuk mengerjakan solat fardhu dan terawih berjemaah. Hal ini juga perlu dielakkan.

  • Bersihkan Hati Dan Mula Menjaga Lidah

Mulai dari sekarang anda perlulah mula membersihkan hati serta lidah dari mengata atau mengumpat. Mulai dari sekarang latih mulut anda untuk lebih banyak berdiam diri dan basahkan bibir anda dengan melazimi ayat-ayat zikir. Jadikan ia sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan nanti.

Setidaknya, sepanjang bulan Ramadhan nanti lidah anda sentiasa di basahi dengan kalimah zikir yang akan memberikan anda pahala. Ketika itu jugalah sikap sebenar kita dipamerkan. Pada bulan Ramadhan, syaitan diikat dan setiap kata yang dituturkan adalah daripada nafsu bagi seseorang individu. Jika banyaknya kata-kata keji yang dikeluarkan, ini bermakna terlalu banyak mengeluarkan kata keji sebelum Ramadhan dan itulah yang menjadi amalan diri kita. Alangkah ruginya, jika pada bulan Ramadhan kita tidak dapat untuk mendidik diri agar menjadi versi diri sendiri yang lebih baik dari sebelumnya.

AMALAN SUNAT YANG DIGALAKKAN SEPANJANG RAMADHAN

Awalnya sudah disebutkan 7 checklist Ramadhan. Bila sudah melakukan ke semua yang ada di dalam checklist sudah pasti anda tidak sabar-sabar untuk menghadapi bulan Ramdhan.

Begitu juga dengan umat islam yang lain. Ramai antara mereka tidak sabar-sabar untuk melakukan amalan-amalan sunat yang boleh memberikan pahala buat mereka.

Antara amalan tersebut ialah:

  • Bangun di tengah malam dan melakukan solat sunat
  • Melakukan Qiamullail
  • Perbanyakkan bersedekah
  • Menyegerakan berbuka
  • Beri makan orang berbuka
  • Bertadarus Al-Quran
  • Melewatkan bershaur
  • Solat terawih

JADIKAN RAMADHAN SEBAGAI PELUANG UNTUK BERUBAH KEARAH LEBIH BAIK

Mungkin sambutan bulan Ramadhan pada tahun ini tidak sama seperti tahun-tahun sebelum ini. Setiap orang pasti ada pengalaman yang berbeza-beza. Mungkin ada yang meraikan Ramadhan tahun ini tanpa kedua ibubapanya, mungkin ada yang menyambut Ramadhan kali ini jauh dari keluarga di perantauan dan mungkin ada yang memasuki Ramadhan dengan keluarga yang baru.

Ini semua hanyalah keadaan luaran yang memberikan impak perbezaan sedikit sebanyak kepada perasaan ketika menyambut Ramadhan nanti. Bezanya rasa bersahur dan berbuka bersama keluarga dan sendiri. Banyak lagi situasi seperti ini yang mendatangkan rasa kelainan. Namun, kita perlu sedar bahawa bulan Ramadhan adalah bulan beribadah. Dalam erti kata lain, bulan untuk kita menjadi lebih dekat Allah SWT. Jika sebelum ini, kita kurang amalan sunat, bulan Ramadhan lah waktu untuk buktikan bahawa kita juga mampu berubah. Apa jua situasi dan keadaan luaran, jangan pernah biarkan ianya mengganggu fizikal dan mental kita untuk terus istiqamah beribadah pada bulan Ramadhan.

Dah dapat checklist? Apa lagi, jom terus buat!

Wallahua’lam.

Mari mula sedekah pada hari ini. Sedekah ini jugalah amalan sunat yang digalakkan pada bulan Ramadhan. Apa lagi, jom klik pada butang “Bantu Mereka”.

Terima Kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top