Ajaibnya Sedekah Subuh

sedekah-subuh

Sedekah boleh dilakukan pada bila bila masa dan di mana jua kita berada. Sedekah yang paling afdal ialah sedekah kepada ahli keluarga yang terdekat. Tapi tahukan kita, terdapat waktu waktu yang di mana sedekah kita akan jadi istimewa? Antaranya ialah sedekah pada waktu subuh

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Sedekah Subuh?

Sedekah subuh adalah sedekah yang dilakukan pada waktu subuh iaitu selepas terbit matahari dan sebelum habisnya waktu subuh. Sebaiknya dilakukan setelah selesai solat subuh. Apa yang istimewanya sedekah subuh ni?

Sedekah subuh ini sangat istimewa kerana ia boleh dilakukan setiap hari. Ia juga di anggap satu sedekah yang terbaik di antara sedekah yang lain.

Rasullullah S.A.W pernah berkata bahawa, akan turun malaikat ke bumi untuk mendoakan mereka yang melakukan sedekah subuh. Seperti yang kita sedia maklum, doa malaikat adalah antara doa mustajab.

“Setiap pagi, dua malaikat turun mendampingi seorang hamba. Yang satu mendoa: Wahai, Tuhan! Berikanlah ganti rugi bagi dermawan yang menyedekahkan hartanya. Dan yang satu lagi berkata: Wahai, Tuhan! Musnahkanlah harta si bakhil. Nabi Muhammad SAW” (HR Muttafaq Alaih dari Abu Hurairah RA)

Cara Sedekah Subuh?

1. Ikhlas

Sentiasa ikhlaskan hati dalam menderma. Biarpun jumlah yang diderma sedikit, tetapi biar menderma tu betul betul dari hati

2. Sediakan Tabung

Sediakan satu tabung, kalau boleh letak berdekatan dengan tempat solat anda. Apabila sudah selesai solat subuh, masukkan sedekah dengan doa yang spesifik dalam mood dan perasaan yang gembira. Selesai masukkan duit dalam tabung itu, zahirkan rasa syukur kepada Allah S.W.T

3. Derma & Sedekah

Kumpulkan setiap derma atau sedekan kita itu sehingga cukup satu tempoh contohnya sebulan. Kemudian dermakan kesemua sedekah itu kepada masjid, rumah anak yatim atau beri pada golongan yang kurang berkemampuan.

4. Tulis Nama Pada Tabung

Anda boleh buat lebih dari satu tabung. Pastikan ada nama untuk setiap tabung yang dibuat supaya ia dapat mengingatkan tabung itu untuk siapa. contoh, tabung untuk anak yatim atau tabung untuk orang susah dan sebagainya 

Jadi dengan cara cara yang diberikan ini, anda boleh mula menabung atau melakukan sedekah subuh dan berdoa bersungguh sungguh dengan apa yang anda hajatkan. Insyaallah apa yang anda doakan akan termakbul. Jom kita dengar cerita cerita ajaib mereka yang telah mengamalkan sedekah subuh ini:

Cerita Ajaib

“Sejak 4-5 bulan yang lalu, saya sudah membuat tabung subuh dan memberitahu hal ini kepada rakan rakan. Kemudian pada hari juamat lepas, rakan saya menelefon saya dan menyatakan yang doa dia agar menantunya mendapat pekerjaan termakbul. Semua setelah rakan saya mengamalkan sedekah subuh setiap hari. “

 

Sumber : http://tengoktvonline.blogspot.com/

Aku pilih 1 nilai yang aku mampu untuk istiqamah buat sedekah subuh setiap hari. Aku tak harapkan magik apa apa pun cuma berdoa dipanjangkan pahala ni untuk Abah, arwah mak aku, suami dan anak anak aku.

Rupanya, dalam tak sedar, aku dapat selesaikan 2 hutang tertunggak yang masing masing berjumlah 4 angka. Allah lorongkan cara yang mudah dan masalah dapat diselesaikan.  Allah bagi rezeki dalam bentuk hati tenang dan minda waras untuk cari jalan keluar.

Sumber : https://www.news.videoviral.co/2020/05/07/ajaib-sedekah-subuh/

Jadi, jadikanlah amalan sedekah subuh ini satu amalan yang berterusan dan buat secara istiqamah. Insyaallah anda akan dapat melihat keajaiban yang selama ini anda tidak sangka. 

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

1 thought on “Ajaibnya Sedekah Subuh”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top