Asrama Saudara Baru Perempuan

Alhamdulillah dengan kerjasama PERKIM Cawangan Ampang, kami mendapat sebuah rumah untuk dijadikan asrama saudara baru perempuan. Rumah yang beralamat di No. 73, Jalan 2, Ampang Jaya, Selangor ini dijangka akan beroperasi pada 15 Julai nanti. Kediaman ini sesuai untuk menempatkan seramai 10 orang penghuni.

Insya-Allah, selepas ini lengkaplah asrama mualaf untuk lelaki dan perempuan. Asrama ini dinamakan Asrama Darul Huda (Negeri Petunjuk). Seterusnya kami akan melantik seorang warden, dua orang guru dan seorang pembantu bagi melancarkan urusan di asrama ini. Manakala semua kos di sini adalah percuma dan ditanggung sepenuhnya oleh PERKIM Datuk Keramat dan PERKIM Cawangan Ampang.

Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Abdul Latif Kamaruddin kerana sudi menyewakan rumah beliau sebagai penginapan asrama mualaf perempuan. Moga Allah SWT membalas jasa beliau dan keluarga dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top