Bantuan Banjir di Kg. Pasir, Lembah Pantai

Antara kawasan di Wilayah Persekutuan yang mengalami banjir teruk adalah Kampung Pasir di Lembah Pantai. Semua pihak telah bersatu padu dalam menangani kesan banjir ini.

Pelbagai bentuk sumbangan yang diberikan antaranya wang tunai, barangan keperluan diri, barangan makanan kering mahupun makanan yang siap dimasak. Kami turut serta meronda kampung bersama puluhan aktivis masyarakat bagi menyampaikan sumbangan makanan, barangan keperluan serta khidmat mencuci rumah.

Menariknya, anak-anak muda dari pelbagai peringkat termasuk pelajar universiti tempatan yang menyertai misi sumbangan ini. Kelihatan juga pelbagai pihak daripada badan bukan kerajaan serta parti politik dan agensi kerajaan. Kami bersatu demi ummah. Inilah hikmahnya yang kita dapat lihat daripada musibah yang berlaku. Semoga kita terus bersatu dan bekerjasama demi kemaslahatan yang lebih besar iaitu negara dan ummah

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan akibat terjejas dengan musibah banjir. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top