Bantuan kepada Asnaf Mualaf

Pada 14 Februari 2023, kami dari PERKIM Wilayah telah menjalankan satu program bantuan kepada asnaf mualaf di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tujuan utama ia dijalankan adalah untuk membantu meringankan beban hidup mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, lebih dari 40 orang telah menerima bantuan dan turut terlibat dalam menjayakan program ini. Di samping itu, kami telah menjemput salah seorang ustaz dari Daie Komuniti Yadim untuk memberikan sedikit pengisian dan peringatan kepada mereka tentang betapa besarnya nikmat iman dalam Islam ini.

Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada para penderma yang sudi membantu serta menyumbang kepada pihak PERKIM Cawangan Datuk Keramat, KL. Semoga segala usaha murni mereka beroleh ganjaran sewajarnya daripada ALLAH S.W.T dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top