Bantuan Kepada En Azizan

Ada ramai pihak yang bertanyakan khabar mengenai asnaf yang kami bantu iaitu Azizan Osman di Batu 11, Gombak. Selepas proses usaha pengubatan Islam bagi merawat ganggun terhadap beliau dan isteri, saya belum sempat menjenguknya.

Hari ini kami bertandang sekali lagi untuk bertanya khabar kepada beliau. Alhamdulillah, selepas berubat melalui kaedah Syifa’ beberapa minggu yang lalu, keadaannya semakin pulih, namun katanya sering kali bayang-bayang muncul di sekeliling rumahnya. Anaknya juga beberapa kali ternampak kelibat lembaga sekitar rumah kediamannya. Azizan juga mengadu berkenaan hama yang masuk ke tubuhnya dan merasa sakit kerananya.

Setelah mendengar aduan dan keluhan beliau, kami mengambil maklum perkembangannya dan berusaha datang kembali dalam masa terdekat. In Sya Allah, kami akan ikhtiarkan lagi perubatan Islam kerana menurut perawat, ganggun itu lenyap tatkala kami sampai, dan akan datang balik apabila kami pulang.

Setelah kami viral kisah beliau, ramai juga yang bersimpati serta bertanya khabar. Tidak kurang yang datang terus ke rumahnya untuk melihat sendiri keadaan dirinya. Inilah antara perkara positif yang dikongsikan kepada masyarakat, agar semua pihak dapat membantu secara langsung atau tidak keadaan saudara Islam kita.

Semoga kita terus menjadi umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara kita yang lain.

Scroll to Top