Alhamdulillah, baru-baru ini kami telah menziarahi seorang ibu tunggal yang bernama Puan Rohani. Beliau mempunyai 4 orang cahaya mata manakala salah satunya adalah seorang OKU mental.
Namun beliau juga telah kehilangan suaminya akibat dari covid-19. Oleh disebabkan itu, kini Puan Rohani terpaksa menguruskan segalanya seorang diri sahaja.
Meskipun beliau adalah penerima zakat bulanan, akan tetapi jumlah yang diterima itu tidak mencukupi. Lebih lagi, beliau mempunyai sakit begitu juga ubat-ubatan untuk anaknya yang OKU.
Jadi Puan Rohani banyak menghabiskan duit itu hanya untuk membeli ubat daripada kelengkapan-kelengkapan lain. Kami berharap dengan serba sedikit sumbangan yang diberikan oleh PERKIM dapat mengurangkan bebannya.
Semoga Puan Rohani kekal tabah dalam menghadapi ujian yang telah diberikan kepada keluarga beliau. Ayuh sama-sama kita mendoakan supaya Puan Rohani sekeluarga dipermudahkan segala urusannya.