BULAN RAMADAN BULAN TARBIYAH

BULAN RAMADAN BULAN TARBIYAH

Ramadan, atau dikenali dengan nama lainnya, bulan tarbiyah atau bulan ibadah. Mengapa bulan ini menjadi sebuah bulan yang teristimewa? Ini kerana, bulan Ramadan diibaratkan sebuah institusi pendidikan yang mendidik umatnya mengenal erti kesabaran, berdisiplin, dan juga  kejujuran.

Pada masa sama, amalan puasa ini juga sebenarnya boleh meransang pembentukan sel-sel otak. Menurut kajian dari Dr Mark Mattson, Professor Neurologi di John Hopkins University, berpuasa sebenarnya meransang pembentukan sel-sel neuro yang baru. Kesannya, ia akan menambah kemahiran diri untuk berfikir secara kreatif & kritis.Wah, menarik, kan?

Di samping itu, bulan ini menjadi lebih istimewa dengan keagungan al-Quran yang diturunkan padanya, sekali gus menjadi sumber kekuatan dan panduan sepanjang zaman kepada kita semua.

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 185, maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Sebagai menyatakan rasa syukur dan kegembiraan kita menyambut tibanya Ramadan al-mubarak ini, seharusnya kita telah mempersiapkan diri dari sudut mental dan fizikal di saat kita menghadapinya.

Sebaliknya, jika kita tidak bersiap sedia, kedatangan Ramadan kali ini akan datang dan pergi begitu sahaja.

Alangkah ruginya kita kerana melepaskan dan mensia-siakan peluang yang Allah SWT tawarkan kepada kita dengan berbagai kelebihan atau fadilat yang berganda ini.

Dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA, mafhumnya:

Daripada Abi Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT berfirman: Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu untuk aku (Allah) dan akulah yang memberi ganjarannya.

MENDIDIK SPIRITUAL POSITIF

Selain itu, dengan berpuasa akan meransang pembentukan spiritual diri yang lebih positif iaitu:

  • Kesabaran

Ramadan menjadi bulan tarbiah dalam mendidik umatnya dalam memahami erti kesabaran secara praktikal. Iaitu kesabaran menahan diri daripada makan dan minum. Apabila tubuh badan tidak menerima makanan, maka ia akan menjadi lemah. Disinilah kita diuji untuk memahami erti kesabaran, bagaimana dengan orang yang kurang berkemampuan di luar sana tidak dapat rezeki seperti yang kita selalu miliki. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat ke-200 yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” 

  • Pupuk Sifat Mahmudah

Hikmah berpuasa di bulan Ramadan juga adalah bertujuan untuk menanam sifat mahmudah di dalam diri. Dengan menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi bukan setakat itu sahaja, ibadah puasa juga bertujuan untuk menahan umatnya dari perbuatan yang tidak baik dan sia-sia.

Bahkan lebih daripada itu, ia mengajar jiwa erti mujahadah. Kerana itu, kita bukan sahaja dilarang makan dan minum, tapi kita diseru juga untuk menjauhi perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mahupun mengurangkan pahala puasa.

Mata dan apa yang ia tonton. Telinga dan apa yang ia dengar. Akal dan apa yang ia fikirkan. Mulut dan apa yang ia bicarakan. Kaki dan kemana ia melangkah. Tangan dan apa yang ia pegang. Semua perlu dijaga dengan teliti kerana sesungguhnya, aku berpuasa.

Maka alangkah ruginya jika di bulan penuh keberkatan ini, kita tidak melatih jiwa kita untuk bermujahadah dalam ketaatan total kepada Allah dan bermujahadah dalam meninggalkan segala jahiliah.

Janganlah kita tergolong dalam golongan yang rugi ini. Yang berpuasa tetapi mengumpat. Yang berpuasa tetapi menonton rancangan tidak bermanfaat. Yang berpuasa tetapi meliar pandangan mata. Yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga

  • Berdisiplin

Selain itu, puasa mendidik diri untuk lebih berdisiplin. Sebagai contoh, apabila umat Islam perlu bangun di awal pagi untuk bersahur, membaca al-quran sebelum masuknya waktu subuh, secara tidak langsung ia mendidik diri untuk berdisiplin dalam melaksanakan amalan yang dituntut di dalam Islam.

  • Membantu Yang Memerlukan

Menginfakkan harta juga mendidik diri menjadi positif, seperti mana disebut dalam surah al-Munafiqun aayat ke-9, yang bermaksud:

“Hai orang-orang, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikanmu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang merugi” 

Ramadan yang sinonim sebagai bulan tarbiyah bertujuan untuk memotivasikan diri kearah yang lebih baik untuk mendidik diri kita jadi positif. Di akhir Ramadan juga, umat Islam juga wajib untuk menunaikan zakat. Zakat ini bukanlah sesuatu yang membebankan, ia sebahagian dari penyucian harta. Zakat itu akan diberikan kepada umat Islam yang memerlukan.

Bukanlah seorang beriman yang merasa kenyang sementara tetangganya kelaparan.” (HR. Bukhari)

  • Baik Untuk Kesihatan

Selain itu puasa memberikan banyak faedah dari segi faktor kesihatan. Berdasarkan kajian dari Peak Fitness, pengkaji bernama Dr. Mercola menyatakan “jika anda telah menghabiskan banyak masa untuk melakukan senaman, salah satu cara mendapatkan keputusan yang baik dalam usaha anda adalah melalui berpuasa.”

Seperkara lagiOtak manusia mendapat banyak manfaat apabila berpuasa. Kajian dari University Kentucky membuktikan yang puasa dapat mengurangkan kesan negatif kepada pesakit yang sedang mengalami kecederaan yang sederhana di bahagian otak mereka. Puasa juga merangsang penghasilan hormone yang dipanggil sebagai endorphin, hormon ini memberikan kedamaian minda dan mencegah dari serangan penyakit mental. Selain dari itu, puasa juga membantu proses tidur dan menjadikan mereka lebih produktif.

  • Ganjaran Berganda

Amal ibadah yang dilaksanakan pada bulan Ramadan, dijanjikan dengan pahala yang berlipat ganda dari Allah SWT. Baginda sangat menggalakkan umatnya untuk memperbanyakkan amal ibadat seperti mengaji, bersedekah, berbuat amal kebaikan, bangun di tengah malam dan sebagainya. Selain itu, memberikan makan seseorang yang berpuasa, maka ganjarannya sama seperti yang berpuasa tanpa dikurangi ibadah tersebut.  Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka ia memperoleh pahala sebesar pahala orang yang berpuasa, tanpa dikurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR Ahmad)

“Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan mengerjakan amalan wajib” (HR Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah)

  • Membaca Al-Quran

Ramadhan sewajarnya dijadikan momentum untuk semakin akrab dengan Al Quran dengan selalu membacanya. Karena dengan membaca Al Quran seseorang akan mendapatkan keutamaan dari Allah SWT. Rasulullah saw bersabda,

“Bacalah Al Quran karena ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat bagi para pembacanya.” (HR. Muslim)

Ramadan adalah bulan yang mulia. Maka rugilah orang-orang yang keluar dari bulan ini dengan tangan kosong, tanpa membawa keampunan dari sang penciptaNya, kerana mereka sekadar menahan lapar & dahaga sahaja. Justeru, jadikan bulan Ramadan sebagai bulan memperbaiki diri dan menjadikan diri lebih positif dalam setiap perjalanan hidup yang sudah di tulis oleh Allah SWT.

RAMADAN HAMPIR MENINGGALKAN KITA

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Orang yang benar-benar tulus melakukan amal ibadah pada bulan ini akan terkesan dengan begitu hampirnya pemergian bulan yang penuh barakah ini. Kita tidak mampu untuk mengetahui bahawa apakah masih sempat bertemu dengan yang mulia ini pada masa akan datang.

Bagi memastikan tarbiyah Ramadhan kali ini benar-benar dihayati, perlu diingatkan beberapa langkah penting sebagai persiapan kita melalui detik-detik akhir Ramadhan iaitu pertama, memasang tekad dan keazaman untuk memenuhi Ramadhan dengan ibadah lantaran terbukanya pintu-pintu syurga.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

 “Daripada Abu Hirairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan.”

Sekalipun amal kita pada awal Ramadan itu terlihat sangat kurang namun ketahuilah maih belum terlambat untuk memulakan amal ibadah. Tiada istilah terlewat bagi orang yang ingin memulakan amal yang ada hanyalah penyesalan kerana tidak pernah ingin memulakan amal.

Kedua, bersungguh-sungguh melakukan taubat dan mensucikan hati serta jiwa nurani dengan mengharapkan maghfirah dan rahmat daripada Allah SWT. Sesungguhnya kita semua adalah hamba yang berdosa kepada Tuhan. Tiada seorang yang pun yang boleh melepaskan diri daripada melalakukan kesilapan. Rebutlah peluang pada bulan ini untuk memohon ampun sebanyak yang boleh.

Ketiga, mengambil peluang mempertingkatkan ilmu serta kefahaman yang jelas tentang Ramadhan itu sendiri bagi menghadapi didikan selama sebulan sebagai bekalan dan benteng untuk menempuh ujian-ujian dalam sebelas bulan yang bakal mendatang. Sepertimana yang telah disebut didalam hadith yang mana padda bulan ini pintu taubat terbuka seluas-luasnya dan syaitan-syaitan dibelenggu. Oleh sebab itu, kita lebih mudah untuk melakukan kebaikan bulan-bulan yang biasa. Disinilah yang membezakan orang yang beramal soleh itu adalah istiqamah. Biarlah sedikit pun amal tersebut namun jika benar-benar dihayati kita akan istiqamah dalam bulan yang lain juga. Jangan pada bulan ini sahaja rajin berjemaah di masjid setiap waktu fardhu dan sunat namun pada bulan yang langsung tidak menjengah ke masjid. Nauzubillah min zalik.

Keempat, berusaha menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang sia-sia, melalaikan, tidak memberi manfaat, berkata-kata yang tidak perlu, mengelakkan pertengkaran dan sebagainya kerana boleh membawa kepada permusuhan. Semogha dengan menahan mulut, mata, telinga pada bulan ini diteruskan juga pada bulan yang lain daripada segala maksiat.

Kelima, mengurangkan aktiviti yang tidak perlu dan membebankan pelaksanaan puasa di samping berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang. Tidak boleh dielakkan pasti rmaia yang melakukan persiapan raya lebih-lebih lagi pada minggu yang akhir ini. Namun,mpada minggu akhir ini jugalah terdapat didalamnya lailatul qadr yang disebutkan berbagai-bagai kelebihannya pada penulisan yang lepas. Berdoalah agar diampunkan segala dosa yang lalu dan mohonlah agar dipertemukan semula Ramadan yang akan datang.

Wallahua’lam

Kita belum tahu lagi apakah masih sempat untuk bertemu dengan Ramadan akan datang. Justeru rebutlah peluang untuk bersedekah pada bulan yang mulia ini ! Jika anda berminat boleh klik pada butang “Bantu Mereka” dibawah dan salurkan sumbangan seikhlas hati. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *