Cara Sedekah Online

kelebihan sedekah

Pandemik covid-19 banyak memberi perubahan dalam gaya hidup manusia. Sekarang, kebanyakan perkara boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dengan bantuan teknologi. Jika sebelum ini kita perlu bersusah-payah ke kedai untuk membeli barang tapi kini tidak lagi. Kita boleh membeli belah hanya menggunakan telefon pintar dan barang itu akan dihantar ke rumah kita.

Sektor pendidikan pula dilihat boleh dilakukan secara maya dengan menggunakan aplikasi seperti google meet atau zoom. Para pelajar boleh mendapat ilmu walaupun tidak perlu berada di kawasan sekolah.

Menyedari perkembangan pesat teknologi pada masa sekarang, ia mendorong beberapa NGO untuk menyediakan platform sedekah secara online. Ia sekaligus akan memudahkan mereka yang ingin menderma. Walaupun menderma secara online ini lebih mudah, namun masih ramai yang tidak memanfaatkan perkara ini kerana masih tidak tahu cara untuk membuat sedekah secara online. Berikut kami akan sertakan beberapa langkah unuk menderma secara online.

Langkah 1

Pilih link website NGO yang menyediakan perkhidmatan sistem sedekah secara online. contohnya Perkim Datuk Keramat. Pergi kepada pautan website tersebut dan anda akan lihat penerangan berkenaan sumbangan yang sedang dikumpul oleh NGO terbabit.

Cara sedekah online

Langkah 2

Pilih senarai sumbangan yang anda ingin lakukan. Nilai sumbangan bergantung kepada berapa besar matlamat sumbangan tersebut. Semakin besar matlamat, semakin tinggi nilai sumbangan yang diperlukan

Cara sedekah online 2

Langkah 3

Masukkan maklumat diri anda. Antara yang diperlukan adalah nama, nombor telefon dan juga emel untuk proses penghantaran resit selepas pembelian. Kemudian, boleh pilih samaada nak menderma secara perbankan internet/mesin deposit ATM atau pun secara FPX.

Sumbangan secara FPX dilihat lebih mudah kerana ia boleh dilakukan dalam website yang sama tanpa perlu membuka website yang lain. Tetapi anda akan dikenakan charge sebanyak RM1. Ini adalah kos yang perlu ditanggung kerana website tersebut menggunakan perkhidmatan dari syarikat yang menyediakan sistem ini. 

Cara sedekah online 3

Langkah 4

Jika anda ingin menggunakan pilihan yang pertama iaitu dengan membuat bayaran secara perbankan internet atau mesin deposit ATM, anda perlu mengisi butiran seperti, masa, tarikh dan bukti pembayaran.

Cara sedekah online 4

Langkah 5

Jika anda membuat pilihan kedua iaitu bayaran secara FPX, anda akan dibawa kepada satu paparan yang menyenaraikan bank yang boleh dipilih untuk membuat bayaran. Anda boleh pilih bank pilihan anda dan tekan “proceed” . Selepas itu anda akan dibawa ke website bank anda dan anda boleh membuat bayaran terus dari sana. Setelah selesai pembayaran , resit akan dihantar kepada anda melalui emel yang telah diisi sebelum ini.

Cara sedekah online 5

Tidak semua NGO yang menggunakan sistem perkhidmatan online mempunyai cara yang sama seperti yang kami kongsikan. Setiap NGO mungkin akan berbeza kerana mereka menggunakan platform sedekah yang berbeza beza. Namun secara am nya, kaedah dan cara adalah lebih kurang sama. Jadi anda boleh menjadikan langkah-langkah yang kami kongsikan ini sebagai rujukan anda.

Senarai pautan NGO yang menyediakan perkhidmatan sedekah secara online

1) Pertubuhan Ummah Prihatin Selangor Link sedekah: https://ummahprihatin19.com/order/form/16

2) Muslim Care Malaysia Link sedekah: https://muslimcaremalaysia.onpay.my/

3) Pertubuhan Kasih Neelofa Link sedekah: https://kasihneelofa.org/infaq/

4) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Link sedekah: https://ikram.org.my/institusi-institusi-ikram/

5) Muslim Volunteer Malaysia Link sedekah: https://donation.mvm.org.my/

6) MyFundAction Link sedekah: https://mfa.myfundaction.org.my/

7) Syria Care Malaysia Link sedekah: https://donate.syriacare.org.my/

8) Global Peace Mission Malaysia Link sedekah: https://gpm.com.my/

9) Malaysian Care Link sedekah: https://www.malaysiancare.org/donate

10) Yayasan Amal Malaysia Link sedekah: https://www.amalmalaysia.org.my/

11) Unicef Malaysia Link sedekah: https://unicef.my/donations/

12) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Link sedekah: https://perkimdatukkeramat.com/order/form/85

1) Boleh dilakukan di mana-mana sahaja

Sedekah online membolehkan kita untuk melakukan transaksi walaupun di mana kita berada. Tidak perlu tunggu untuk berjumpa fakir miskin atau peminta sedekah di kaki lima baru boleh bersedekah, malah kita boleh terus bersedekah walaupun hanya berada di rumah sahaja.

Namun adakah pahalanya akan berkurang jika melakukan sedekah secara online? Pastinya tidak. Pahala dan ganjaran dari Allah SWT tidak akan berkurang hanya kerana berbeza medium sedekah yang kita gunakan.

Kuncinya adalah kita sentiasa ikhlas saat memberi, kemudian yakin pada janji-janji Allah kepada orang yang bersedekah.

2) Boleh memberi bantuan dengan cepat

Sedekah online juga membolehkan kita memberi bantuan dengan cepat. Hal ini kerana, ia hanya akan memakan masa 5 hingga ke 10 minit sahaja untuk menyelesaikan transaksi sedekah tersebut berbanding jika kita perlu keluar sendiri untuk memberikan sedekah pada mereka yang memerlukan di luar sana.

Sebagai contoh, ketika Malaysia dilanda bencana banjir pada hujung tahun lepas, pastinya ramai NGO yang ingin mengumpulkan dana dengan pantas. Jadi sedekah secara online inilah salah satu penyelesaiannya.

Ia bukan sahaja menjimatkan masa para penyumbang, malah memberi kelebihan pada agensi terlibat juga untuk mengumpulkan dana dan mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir dengan lebih cepat.

3) Boleh bersedekah tanpa ada yang mengetahuinya/secara bersembunyi

إِن تُبْدُواْ الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لُّكُمْ “

Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian kesalahan-kesalahanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Baqarah; ayat 271)

Bersedekah bukan untuk menunjuk-nunjuk, malah untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Melakukan sedekah secara tersembunyi adalah lebih disukai oleh Allah SWT. Jadi dengan sedekah online ini, hanya kita dan Dia sahaja yang akan mengetahuinya. Begitu juga, dengan cara bersedekah ini kita boleh memberi tanpa mengharapkan apapun balasan daripada penerima.

4) Boleh memilih untuk menyumbang pada pelbagai NGO dalam satu masa

Dalam era digital kini, ramai NGO sudah mula membuka platform untuk orang ramai melakukan sedekah secara online. Pastinya ini adalah satu pilihan yang bijak bagi menarik lebih ramai orang untuk menyumbang.

Kelebihan pada orang ramai pula adalah mereka boleh memilih ingin bersedekah kepada NGO mana. Bahkan boleh juga memilih beberapa NGO untuk membuat sumbangan pada satu-satu masa, iaitu tidak terhad pada satu.Ini kerana, sedekah online lebih mudah, pantas dan boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja.

5) Boleh mengetahui ke mana wang kita disedekahkan

Biasanya, sedekah online memberikan beberapa pilihan untuk para penyumbang.Misalnya, terdapat sumbangan untuk anak yatim, sumbangan untuk kanak-kanak di Syria dan sebagainya. Jadi mereka yang ingin memberikan sedekah boleh memilih kepada siapa yang akan menerima sedekah itu.

Tidak dinafikan, segelintir masyarakat lebih memilih untuk memberikan sedekah dan membantu rakyat Malaysia yang kesusahan terlebih dahulu sebelum beralih untuk membantu negara luar pula. Ia adalah pilihan masing-masing. Dengan adanya kategori-kategori khusus yang disenaraikan oleh para NGO ini, orang ramai boleh memilih sendiri dan seterusnya dapat mengetahui dengan lebih jelas ke mana wang mereka akan disalurkan nanti.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top