Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun, Airiel Syahren disahkan meninggal dunia di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor selepas disyaki mengalami simptom strok haba.
Menurut bapa kepada kanak-kanak itu, Syahrol Azmi Mohd Hekak, pada awalnya dua anak lelakinya hanya mengalami demam biasa. Namun pada jam 10 malam Ahad lalu, anaknya mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak serta meracau. Ketika menghubungi talian kecemasan, pihak hospital meminta dia melakukan pertolongan awal kepada anaknya.
“Pihak hospital ada tanya, apakah anak saya ada sawan? Lagilah saya panik, tetapi pihak hospital beritahu supaya mengiringkan badan anak saya itu, jangan bagi dia makan atau minum dan tunggu ambulans sampai.”
Dalam tempoh itu, anak beliau meronta-ronta sampai terberak, terkencing dan seperti menahan kesakitan. Adiknya juga mengalami perkara sama tetapi dalam beberapa minit sahaja.
Keesokan harinya, bapa berusia 42 tahun ini mendapat panggilan daripada pihak hospital yang memintanya untuk membawa lampin pakai buang untuk anaknya. Bagaimanapun, dia menerima panggilan kedua tidak lama kemudian untuk segera ke wad anaknya.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak.”
Kanak-kanak itu disahkan doktor meninggal dunia akbat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong. Anak ketiganya, Aidil Syahren yang turut mengalami simptom yang sama kini dilaporkan sudah stabil dan masih berada di hospital.
Dalam cuaca panas dan kering seperti sekarang, semua orang dinasihat mengurangkan aktiviti luar. Elak mendedahkan diri kepada cahaya matahari keterlaluan yang boleh menyebabkan strok haba.
Bagi kaki bersenam, pilih waktu lebih sejuk seperti awal pagi atau malam untuk melakukan aktiviti kecergasan. Terdedah kepada sinaran matahari terik dan gelombang haba berterusan (lebih 40 darjah Celsius) boleh memberi kejutan kepada tubuh sehingga menyebabkan kegagalan pengawalan mekanisme penyejukan semula jadi tubuh. Keadaan itu menyebabkan tubuh memberi reaksi tertentu termasuk pening, pitam diiringi muntah dan sebagainya yang merujuk ia sebagai serangan strok haba.
Selain cuaca panas terik, individu yang tidak sedar badannya kekurangan air sangat berisiko untuk mengalami strok haba. Andainya berlarutan, ia boleh mendatangkan risiko tinggi bagi kanak-kanak dan bayi, warga emas, pesakit kronik serta individu yang sakit sehingga memberi ancaman komplikasi lebih serius seperti kerosakan organ dalaman seperti buah pinggang, hati, pembuluh darah dan kematian.
Orang dewasa berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding golongan muda. Dalam cuaca panas ini jugalah ibu bapa perlu memantau pergerakan anak mereka. Leka bermain menyebabkan kanak-kanak tidak menghiraukan cuaca panas sedangkan mereka yang berumur lima tahun ke bawah lebih berisiko untuk mengalami strok haba.
Dalam kalangan orang dewasa, strok haba sering terjadi apabila terdedah kepada persekitaran terbuka dalam jangka masa lama seperti pekerja binaan, tentera, atlet trek dan sebagainya. Sebagai langkah berjaga-jaga, lebih baik anda menambah ilmu mengenai gejala awal strok haba sebelum keadaan menjadi lebih serius.
Pada masa sama, luangkan masa mempelajari apa yang boleh membantu individu mengalami strok haba kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa saja termasuk insan terdekat.
Masalah ini akan berlaku apabila suhu badan anda naik dengan cepat dan ketara tetapi anda tidak boleh melakukan sebarang cara untuk mengendalikan ia kecuali jika ada rawatan strok haba diberikan.
Ia boleh terjadi ekoran anda berada di tempat yang terlampau panas terlalu lama. Ia juga boleh membawa maut kerana ia meninggalkan pesakit dengan kerosakan otak dan organ dalaman.
Ia turut boleh berlaku tiba-tiba tanpa menunjukkan sebarang keadaan yang berkaitan.
Badan letih dan lemah.
Beralih ke kawasan lebih sejuk, berangin dan jauh daripada sinaran matahari.
Sebaik menyedari perubahan ketara suhu persekitaran tinggi, ambil langkah pencegahan bagi mengelak serangan strok haba
Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata seluruh masyarakat khususnya buat dalam kalangan anak kecil dan warga emas. Selagi mana kita mampu untuk cegah, cegahlah sebelum terlambat. Wallahua’lam
Sudahkan anda bersedekah pada hari ini? Jika belum marilah sama-sama kita menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Boleh klik pada butang “Bantu Mereka” dibawah dan salurkan sumbangan. Terima kasih.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka