Dimanakah Kamu Wahai Jiwa Yang Tenang?

jiwa yang tenang

Ketenangan merupakan sesuatu yang sangat bernilai. Ketenangan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ramai sahaja yang kaya raya tetapi jiwa mereka tidak tenang. Sentiasa memikirkan perihal harta dan kekayaan mereka menyebabkan jiwa sentiasa berada dalam ketakutan.

Kes bunuh diri yang semakin meningkat sekarang adalah salah satu kesan daripada jiwa yang tidak tenang. Pergantungan mereka terhadap Allah S.W.T dilihat semakin goyah dek kerana dikelilingi dengan masalah  emosi dan perasaan.

Cara Mendapat Ketenangan

Sentiasa mengingati Allah

Ketenangan itu dari hati. Kembali kepada pencipta hati merupakan cara yang terbaik untuk mendapat ketenangan. Mengingati Allah akan membuatkan hati kita berasa aman dan tenteram. Seperti yang dirakamkan dalam surah Ar-Ra’d ayat 28 :

الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَىِٕنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ۗ اَلَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَىِٕنُّ الْقُلُوْبُ

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.

Mengingati Allah juga disebut sebagai berzikir kepada Allah dalam Al-Quran. Jadi untuk sentiasa mengingati Allah, lidah dan hati kita perlulah sentiasa berzikir kepada Allah.

Bersyukur dengan apa yang ada

Setiap orang ada keinginan masing masing. Ada orang menganggap bahawa ketenangan akan diperoleh apabila semua keinginan dipenuhi. Sebenarnya, pemikiran sebegitu adalah salah. Meletakkan kejayaan atau keinginan sebagai destinasi untuk mencapai ketenangan bukan cara yang terbaik malah boleh mendatangkan kemudaratan. Kerana kadang kadang kita akan rasa lebih tertekan apabila keinginan itu tidak kita peroleh.

 

Cara yang terbaik adalah dengan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Kerana orang yang bersyukur itu adalah orang yang bahagia jiwanya. 

 

فَاذْكُرُوْنِيْٓ اَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْا لِيْ وَلَا تَكْفُرُوْنِ ࣖ

Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.

Mentaati Perintah Allah

Islam bukan sekadar agama , malahan ia adalah cara hidup. Kita perlu berasa beruntung dilahirkan dalam agama islam kerana islam sudah menerangkan dan menjelaskan peraturan dan cara untuk hidup secara tenang. 

Jadi kita sebagai hamba Allah hanya perlu mentaati Allah dengan membuat perkara perkara yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang. 

Al Imam al ‘Allamah Ibnul Qayyim rahimahullah pernah berkata bahawa jika seseorang hamba itu melakukan segala apa yang dilarang Allah, maka hatinya akan menjadi gelisah, sedih dan tidak tenang. Manakala jika dia meletakkan kecintaan, ketakutan dan kebergantungannya kepada Allah S.W.T maka hatinya akan menjadi tenteram dan bahagia.

Mendirikan Solat

Solat merupakan tiang agama. Ia merupakan hadiah yang istimewa diberi dari Allah kepada nabi kita Muhammad S.A.W serta umatnya. Peristiwa israk dan mikhraj yang dirakamkan dalam Al-Quran menceritakan kegembiraan Nabi Muhammad S.A.W bertemu dengan Allah. Jadi Allah dengan penuh kasih dan sayang menghadiahkan solat kepada umat nabi Muhammad sebagai cara untuk berhubung dengan Allah.

Solat yang khusyuk mampu memberi  ketenangan dan kepuasan dalam diri seorang hamba kerana ia adalah medium di mana seorang hamba boleh berkomunikasi dengan penciptanya. Komunikasi yang agung ini membolehkan kita meluahkan segala apa kegelisahan di dalam hati dan membuatkan hati berasa aman dan tenteram.

Bergaul Dengan Orang Soleh

 Siapa kita akan jadi 10 tahun akan datang, bergantung kepada siapa kita berkawan sekarang. Jika berada dikalangan orang yang negatif maka kita akan menjadi orang yang negatif

Untuk mendapat hati yang tenteram, kita perlulah bergaul dengan orang orang yang soleh yang mampu membimbing dan mengingatkan kita supaya sentiasa berada di jalan yang betul. Segala kegelisahan dalam hati dan fikiran akan terubat dengan nasihat-nasihat yang berguna yang membawa kita untuk selalu menyerahkan segala  urusan kita kepada Allah SWT.

Membaca Al- Quran

Al-Quran merupakah syafaat yang diberi kepada nabi Muhammad S.A.W dan umatnya.  Ia mengandungi segala petunjuk dan peringatan kepada umat islam tentang kehidupan di dunia dan juga akhirat. Jika kita membaca dan mengamalkan segala kata kata Allah dalam Al-Quran, insya-Allah hati akan menjadi lebih tenteram kerana kita akan sentiasa berada di jalan yang benar dan tidak terpesong.

Sentiasa Bersedekah

Bersedekah merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa syukur kita kepada Allah. Dengan bersedekah, kita mampu mendidik jiwa kita untuk berkongsi terutama dengan orang yang kurang bernasib baik. 

Tambahan pula jika orang yang kita sedekah itu mendoakan semula kesejahteraan dan kebahagian kita. Insyaallah hari hari yang bakal kita lalui akan jadi lebih berkat dan penuh dengan ketenangan. 

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

4 thoughts on “Dimanakah Kamu Wahai Jiwa Yang Tenang?”

  1. jika ada pahala ku sedekah pahala ku buat.. saari, saud, leha, Abdul karim, Ramlah, Jamnah, ana, nekman, toksudin, hasnah, chek bashah,abg nordin, abg zali dan sahabat2 ayah..

  2. Pingback: 9 Kelebihan Sedekah Yang Ramai Tidak Sedar - Sedekah Muslim

  3. Pingback: 9 Kelebihan Sedekah Yang Ramai Tidak Sedar

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top