Sumbangan Motosikal kepada saudara Huzaifah Lock Kim Sum dan Ustaz Amran Anbarasu

Sumbangan Motosikal kepada saudara Huzaifah Lock Kim Sum dan Ustaz Amran Anbarasu Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, KL (21 November 2021) Dua buah motosikal dihadiahkan kepada saudara Huzaifah Lock Kim Sum dan Ustaz Amran Anbarasu.

Sumbangan ini disampaikan oleh Setiausaha PERKIM Bahagian WP iaitu Ustaz Abdul Rani Mohamad Daud dan juga Pengerusi PERKIM Datuk Keramat sendiri iaitu Ustaz Mohamad Suhaimi bin Abdul Aziz. Saudara Huzaifah bekerja sebagai pembantu di kebun Hulu Yam, Selangor. Sebelum ini, beliau ada mengadu tentang masalah motosikalnya yang telah rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. Jadi, kami menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepadanya.

Sumbangan yang diberikan ini juga atas jasa beliau membawa 15 orang rakan-rakan Tionghuanya untuk memeluk Islam. Dengan ini, kami berharap agar beliau akan lebih bekerja kuat dan bersemangat untuk membawa lebih ramai rakan dan kenalan yang belum Islam untuk turut mengucapkan Syahadah. Manakala, seorang lagi penerima sumbangan motosikal ialah Ustaz Amran Anbarasu. Beliau merupakan seorang tokoh dakwah prolifik yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau sangat aktif berdakwah dan buktinya lebih dari 500 orang telah mengucap Syahadah ditangannya.

Termasuklah tokoh dakwah masa kini serta figura terkenal seperti Firdaus Wong, Adam Corrie dan lain-lain. Sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan beliau mengislamkan ramai manusia, kami menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepadanya. Apa yang membuatkan kami lebih teruja adalah melihat kegigihan beliau untuk berdakwah siang dan malam tanpa jemu. “Motosikal ini adalah motosikal dakwah serta untuk kegunaan dakwah.” Itulah antara kata-kata beliau secara bersahaja ketika menerima sumbangan tersebut.

Oleh itu, diharapakan agar beliau terus dikurniakan kesihatan yang baik serta kesabaran yang tinggi dalam menjalankan kerja-kerja dakwah di negara ini. Semoga lebih ramai yang akan terbuka hati untuk menerima ajaran Islam.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top