Majlis Syahadah Seorang Saudara Baru Islam

Majlis Syahadah Seorang Saudara Baru Islam Bangunan PERKIM, KL (28 November 2021) Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan izin Allah, seorang lelaki berbangsa Tionghua yang berusia 57 tahun, Chai Hong Boon hadir ke pejabat PERKIM bagi menyatakan keislamannya.

Beliau merupakan golongan OKU dan tidak mempunyai keluarga. Chai Hong Boon merupakan seorang pemandu Grab dan telah beberapa kali membawa penumpang yang berbangsa Tioghua ke pusat pengislaman untuk mengucapkan syahadah.

Oleh yang demikian, beliau akhirnya mengikut jejak rakan-rakan mualafnya mengucapkan kalimah syahadah selepas mengambil masa selama 3 minggu untuk melihat, memerhati dan berfikir. Kami menjadikan En Chan Hong Boon sebagai salah seorang golongan yang diberi projek bimbingan khusus selain bantuan sara hidup, sewa bilik melalui PERKIM- Baitul Mal. Kami berhasrat untuk menjadikan beliau dan 20 rakan saudara baru Islam Tionghua sebagai Daie dalam beberapa tahun akan datang.

Wahai saudara kami Aman Chai Hong Boon, kami ingin mengucapkan selamat datang ke dunia Islam yang sebenar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top